Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Akhirnya aku dan suami bercerai. Puncanya? Campur tangan mertua. Bak kata mak mertua, syurga anak aku bukan pada kau

Kisah suami, isteri dan hak privacy.

Aku berkahwin dua kali. Dan aku amat berharap, yang kedua kali inilah terakhir. Kekal hingga aku menutup mata. Kekal hingga ke jannah. Aamiin. In shaa Allah.
Perkahwinan pertama aku gagal kerana campur tangan mertua. Macamana? Kerana aku dan suami (ex) menumpang di rumah mertua. 


Suamilah yang tanggung semua. Tidak dapat lari dari menanggung semua perbelanjaan disebabkan kami menumpang di rumah itu.
Aku ni jenis menantu yang tak banyak cakap. Aku relakan saja suami aku tanggung semua. Bagi aku, mak ayahnya tanggungjawabnya. Cuma yang aku tak tahan, aku ibarat 'babu' di rumah itu.


Entah berapa ratus kali aku suarakan kepada suami supaya mencari rumah sendiri. Tapi suami enggan. Macam-macam alasan diberi. Disebabkan hal itu kami sering bertengkar.

Apabila bertengkar, faham-fahamlah. Ada telinga yang mendengar. Ada mata yang memerhati. Muncullah orang ketiga - mertua yang jadi batu api.
Mak mertua mulutnya boleh tahan. Keluar semua ayat yang sudah lama dia pendam. Aku bukan menantu pilihanlah... isteri yang tak baiklah. Dan macam-macam lagi.

Yang si ayah mertua pula diam sahaja. Tapi riak mukanya jangan cakaplah. Nampak sangat tak sukanya. 

Aku sedar aku bukan menantu pilihan. Selama ini aku cuba bersabar agar dapat diterima. Namun,.. macam tak ada harapan.

Akhirnya aku dan suami bercerai. Puncanya? Campur tangan mertua. Bak kata mak mertua, syurga anak aku bukan pada kau, jangan ajar anak aku jadi derhaka.
Suami pula hanya diam. Seperti merelakan. Aku yang jauh dari sanak saudara, akur akhirnya. Kebetulan sebulan sebelum bercerai, aku mendapat pekerjaan yang baik, juga atas pertolongan dari Allah. Justeru, aku mengorbankan cintaku terhadap suami agar dia tidak menjadi anak derhaka, seperti kata ibu mertua.

Alhamdulillah. Kini aku bahagia dengan suami yang kedua

. Waima kami tinggal di rumah sewa yang cuma ada sebuah bilik, kami gembira. Kami makan atau tidak, tiada siapa yang jadi penyibuk. Segala kepayahan kami hadapi bersama. Segala dugaan kami harungi tanpa ada pihak ketiga - mertua.
Semoga Allah terus memelihara kami daripada campur tangan orang ketiga dan iblis dassim.
Moral cerita:


Sebelum berkahwin, pastikan ada rumah sendiri.
Berdikari itu indah...kerana menjamin hak privacy.
Dan juga penting untuk mengelakkan diri dari anasir-anasir yang tidak diingini.

Terima kasih, admin.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Akhirnya aku dan suami bercerai. Puncanya? Campur tangan mertua. Bak kata mak mertua, syurga anak aku bukan pada kau. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top