BANGI, 13 Safar 1438H, Ahad – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang juga ketua kumpulan Baju Merah, Jamal Md Yunos, berdarah dihidung selepas dikatakan ditumbuk pengikut Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, lapor portal berita liberal, hari ini.
Mengikut laporan itu, kejadian dikatakan berlaku apabila Jamal dan pengikutnya mengekori Zuraida yang sedang mempromosi perhimpunan BERSIH 5 di sebuah pusat beli-belah di Ampang.
Perbuatan Jamal dan pengikutnya itu dilaporkan mencetuskan pergaduhan dan pergelutan. Dalam keadaan itu Jamal mendakwa mukanya ditumbuk pihak tidak diketahui.
Adalah tidak dapat dipastikan sama ada individu yang menumbuk muka Jamal adalah ‘budak Zuraida’ seperti yang didakwa Jamal.
Kumpulan Baju Merah juga dilaporkan bergelut dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar pusat beli-belah itu. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.
Ketika ditemui media, Jamal memberi amaran akan bertindak balas dengan lebih teruk lagi, malah akan mencincang mereka.
“Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini). Saya akan cincang mereka,” kata Jamal seperti dilaporkan portal berkenaan.- ismaweb

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Video : Buku Tertemu Ruas, Jamal "Kebal" Berdarah Hidung kena Tumbuk. TOLONG SHARE...!