TAMAK menaikkan harga teh o ais sehingga RM4 segelas, seorang pemilik restoran di Kota Bharu didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, atas kesalahan mencatut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Adli Abdul Ghalib menjatuhkan hukuman denda berkenaan terhadap pemilik Restoran Ozarah Cafe, Jessica Choo Kim Lian kerana tidak mematuhi Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014.
Tertuduh yang merupakan seorang wanita berusia 34 tahun mengaku bersalah di atas pertuduhan dan membayar denda yang dikenakan.
Mengikut fakta pertuduhan, Jessica didakwa mencatut dengan mengenakan harga segelas teh o ais dengan menaikkan harga dari RM2.80 kepada RM4 di Jalan Tok Hakim pada 29 September lalu.
Pemilik restoran berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 18(b) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara 3 tahun.
http://bicaranetworks.blogspot.com
Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA TAMAK menaikkan harga teh o ais sehingga RM4 segelas pemilik restoran di Kota Bharu didenda RM8,000. TOLONG SHARE...!