Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang lelaki dipercayai mengelar lehernya di sebuah pasar raya

BAGAN SERAI: Seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya, dipercayai mengelar lehernya di sebuah pasar raya, petang tadi. 


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata lelaki berkenaan dipercayai masuk ke ruang barangan basah di pasar raya itu sebelum mengambil pisau dan mengelar lehernya. 

Katanya, mangsa yang parah kemudiannya berjalan keluar dari pasar raya itu dalam keadaan berlumuran darah sebelum rebah di hadapan pintu masuk utama pasar raya dan tidak sedarkan diri. 

"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Parit Buntar (HPB) oleh Agensi Pertahanan Awam Malaysia Kerian, sebelum dirujuk ke Hospital Taiping berikutan kecederaan teruk pada saluran pernafasannya. 

"Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian," katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang lelaki dipercayai mengelar lehernya di sebuah pasar raya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top