Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Selepas Isu Babi, Pelanggan Temui Ulat Sepanjang 3cm Dalam Coklat Cadbury Dairy Lihat Gambar Dan Video Penuh

SEORANG pengguna laman sosial Facebook, Sasha Lim menjadi tumpuan setelah berjaya memuat naik satu video memaparkan penemuan seekor ulat di dalam coklat jenama terkemuka.Video yang dikongsi itu telah ditonton lebih 900 ribu sejak dikongsi pada 7 November lalu.



Menerusi video pendek berdurasi 20 saat yang tersebar, seekor ulat berwarna coklat dianggarkan sepanjang tiga sentimeter dirakam merangkak di atas bungkusan coklat jenama Cadbury Dairy Milk Black Forest.Ulat Ditemui Dalam Coklat Jenama Cadbury? Ulat Ditemui Dalam Coklat Jenama Cadbury?
Ulat Ditemui Dalam Coklat Jenama Cadbury?
Selain berkongsi video, Sasha turut memuat naik beberapa keping foto bungkusan coklat berkenaan yang jelas mempamerkan tarikh luput produk keluaran Cadbury itu yang bertarikh 26 Februari 2017.Jika dilihat pada tarikh luput tertera, coklat berkenaan belum lagi tamat tempoh dan masih boleh dimakan. Namun kemunculan ulat di dalam produk berkenaan mencetuskan tanda tanya.
Ulat Ditemui Dalam Coklat Jenama Cadbury?
Sesetengah daripada netizen yang melihat video tersebut sangsi dengan dakwaan yang dibuat oleh Sasha dan menganggapnya adalah palsu.Antaranya Mohd. Salman Jamarul berkata, “Gambar belum buka macam tahu2 ja ada caterpilar di dalam,” tulisnya.

 


Manakala Hunt Ziq pula “Sekor je? Betul ke ni? Ke kau sendiri yang letak ulat tu? Boleh jadi,” soalnya.Walau bagaimanapun, kesahihan dakwaan dibuat Sasha itu tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak kerana menerusi penelitan Mynewshub di laman Facebook rasmi Cadbury Malaysia, mendapati tiada sebarang kenyataan berhubung kejadian yang berlaku. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Selepas Isu Babi, Pelanggan Temui Ulat Sepanjang 3cm Dalam Coklat Cadbury Dairy Lihat Gambar Dan Video Penuh. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top