Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pil Gugur Kandungan Anak Luar Nikah Dijual Secara Terbuka Kepada Anak Melayu Yang Sering Berzina Dan Hamil Benih Haram

PENGIKLANAN barangan dan perkhidmatan dalam talian sudah menjadi trend terkini bagi memudahkan pelanggan melihat produk yang ditawarkanNamun, disebalik kerancakan perniagaan itu, ada juga yang mengambil kesempatan menawarkan pil gugur kepada pasangan terlanjur melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog.


Lambakan penjualan ubat menggugurkan janin ini dilihat semakin terbuka di laman sosial dengan menawarkan pelbagai pakej harga yang kononnya berpatutan.Antaranya, setiap pelanggan diberikan beberapa pilihan untuk membeli pil terbabit iaitu mengikut dos berbeza iaitu RM15 bagi setiap biji dengan pilihan pertama, 20 pil dijual pada harga RM310 termasuk kos penghantaran tambahan RM10.

Bagi pilihan kedua, setiap set mengandungi 20 ubat di jual dengan harga RM340 disertakan pakej ubat tambahan serta kos penghantaran pos dengan harga sama seperti pakej pertama.

Namun, kini pelbagai pakej yang ditawarkan sehingga pelanggan boleh memilih dengan mudah melalui pencarian di laman sosial secara terbuka.Dengan kata-kata memujuk oleh pengiklan ini seolah-olah menggalakkan lagi masalah sosial yang semakin membimbangkan kini.

Carian pil gugur di laman sosial tidak sukar kerana hanya dengan menaip ‘pil gugur’, pelbagai laman sosial dengan bermacam-macam jenis nama akaun akan terpapar di depan mata.Pemerhatian Mynewshub mendapati aktiviti penjualan produk ini bebas dipasarkan di laman sosial yang kononnya ingin membantu golongan wanita yang terlanjur dan menghadapi masalah kewangan tanpa memikirkan soal larangan dalam agama.

Antara laman sosial yang menawarkan pil gugur adalah Pil Gugur Berkesan, Ubat Gugur Kandungan yang mengiklankan pil itu secara bebas dan teknik penjualan tersebut hanya melalui sistem ‘WhatsApp’ atau sistem pesanan ringkas (SMS).

Antara pil yang ditawarkan adalah jenis Cytotec, Cytolog, Mifegest, Mifepristone, Gastrul, Duo861, PCT200, Norcolut Norethisterone untuk menggugurkan janin.

Cara penggunaan pil tersebut adalah dengan memasukkan pil itu ke dalam kemaluan atau makan seperti biasa.Difahamkan, pil Cytotec dan Misoprostol adalah untuk penyakit gastrik namun penyelidikan mendapati ianya juga boleh digunakan untuk menggugurkan kandungan.

Pil tersebut digunakan untuk penyakit gastrik dan tidak dilesenkan untuk menggugurkan anak serta di bawah kawalan dan didaftarkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk merawat penyakit ulser duodenum dan ulser gastrik.

Namun, apa yang terjadi kini apabila ubat-ubat tersebut semakin mudah didapati tanpa pengawasan daripada doktor yang bertauliah sebaliknya dikeluarkan oleh pengiklan yang mengaku sebagai doktor di hospital atau klinik swasta, pembantu perubatan dan sebarang profesion yang menunjukkan mereka pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Ini hanyalah untuk menyakinkan pelanggan untuk mendapatkan produk mereka dan sekaligus mengaut keuntungan dengan cara mudah. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pil Gugur Kandungan Anak Luar Nikah Dijual Secara Terbuka Kepada Anak Melayu Yang Sering Berzina Dan Hamil Benih Haram. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top