Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pelajar Sekolah Menengah Menggangu Guru Secara Seksual

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini mendakwa pelajar tingkatan 4 dan 5 juga bersalah dalam kes gangguan seksual melibatkan guru.

“Ada dalam kalangan pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 yang mengganggu guru secara seksual. Para cikgu, terutamanya cikgu lelaki jika tidak berhati-hati akan terperangkap,” kata Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razak yang memimpin kesatuan mewakili lebih 430,000 kakitangan pengajar itu.


Kamarozaman meminta orang ramai faham gangguan seksual bukan salah guru sahaja, susulan laporan terdapat 15 kes guru mencabul kehormatan pelajar antara 2010 hingga 2016.

Semalam, Dewan Rakyat diberitahu Kementerian Pendidikan yang guru terlibat akan disiasat sebelum dipindahkan ke daerah lain untuk diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan Jabatan Pelajaran Negeri.

“Dalam kes sebelum ini, jika didapati memang ada perlakuan dari guru-guru, memang dia akan hilang kerja dan ada yang dibuang,” katanya.

Menurut Kamarozaman, ada kes pelanggaran etika perguruan yang melibatkan unsur percintaan antara pendidik dan murid.

Bagaimanapun, beliau berkata guru perlu profesional “kerana ia melibatkan emosi dan perasaan”.

“Jatuh cinta akan berlaku dan di situlah bermulanya gejala tidak elok di antara guru dan murid,” katanya kepada FMT.

“Kita sendiri diajar dalam psikologi kanak-kanak semasa di universiti ataupun di institut pendidikan guru dan didedahkan mengenai perkara ini.

“Sebagai pendidik dia mesti ikhlas sebagai guru dan haruslah anggap anak murid sebagai anak.” – FMT



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pelajar Sekolah Menengah Menggangu Guru Secara Seksual. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top