Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nak Keluarkan Duit Simpanan KWSP? Ini Amaran KWSP Kepada Pencarum Yang Patut Anda Baca

PETALING JAYA – Kumpulan profesional di puncak kerjaya, anak muda berpendidikan dan mereka yang hampir bersara sering menjadi sasaran sindiket penipuan (scam).Timbalan Pengurus Besar Suruhanjaya Sekuriti (SC) Khairul Ridzwan Abdul Kudus berkata kumpulan lelaki berjaya berusia 40-an juga terdedah kerana mereka mempunyai wang.


Anak-anak muda, terutamanya pelajar universiti dan graduan baharu, direkrut untuk ‘menjual’ pelaburan dan melabur dalam skim itu sendiri, katanya.“Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencapai umur pengeluaran penuh 55 juga perlu berhati-hati dengan penipu yang cuba untuk menipu dana persaraan mereka.

“Melalui Internet, warga asing dengan mudah dapat mensasarkan rakyat Malaysia melalui e-mel, laman web dan media sosial,” katanya, sambil menambah trend penipuan sentiasa bergerak seiring dengan apa sahaja yang ‘panas’ di pasaran.Ketua Jabatan Kuantitatif dan Analisa Prestasi KWSP Badrul Hisham Dahalan menggesa ahli-ahli supaya mereka lebih celik pengetahuan kewangan dan pelaburan serta mendapatkan maklumat yang cukup sebelum melabur.

“Sentiasa amalkan sikat hati-hati. Dapatkan nasihat dan butiran daripada penasihat berkelayakan atau perancang kewangan.“Tidak ada jaminan bahawa pelaburan itu akan menghasilkan keuntungan,” katanya.Untuk membantu memenuhi matlamat kewangan pencarum, KWSP membenarkan ahli mempelbagaikan portfolio persaraan mereka menerusi Skim Pelaburan Ahli (MIS).

Berkuatkuasa Januari tahun depan, ahli-ahli yang mempunyai ‘Simpanan Asas’ RM228,000 boleh memindahkan 30 peratus (peningkatan dari 20 peratus), melebihi jumlah yang diperlukan (dari Akaun I), ke Institusi Pengurusan Dana (FMI) untuk mengoptimumkan pelaburan mereka.Khairul Ridzwan berkata SC tidak bimbang tentang penipuan skim MIS kerana pihaknya berkerjasama rapat dengan KWSP untuk memastikan bahawa wang dipindahkan terus dari KWSP ke dana-dana berlesen.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj memberi amaran kepada pengguna supaya tidak menggunakan simpanan persaraan untuk melabur, kecuali jika mereka sanggup mengambil risiko dan tanggungjawab untuk memantau pelaburan mereka.Menurut Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), penyelewengan dana oleh perunding Skim Persaraan Swasta (PRS) dan unit amanah adalah aduan utama di kalangan pengguna.

Jika mana-mana 50,000 perunding di negara ini didapati bersalah menerima wang tunai dan melakukan penyelewengan, mereka akan dibatalkan pendaftarannya dan dihalang daripada berurusan dengan pelabur selama-lamanya, kata jurucakap FIMM.Pelabur tidak perlu menandatangani atau meletakkan cap jari pada borang pelaburan untuk memindahkan dana dari akaun KWSP ke dana PRS atau unit amanah di bawah MIS, katanya.

“Ada perunding tidak bertanggungjawab menggunakan borang untuk terus melabur tanpa memberitahu pelabur,” katanya, sambil menambah FIMM mempunyai jawatankuasa disiplin dan pengurusan aduan untuk mengumpul bukti apabila aduan dibuat.Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (Sidrec) Sujatha Sekhar Naik berkata sejak 2011, ia telah menerima lebih 1,000 pertanyaan dan tuntutan.

“Kebanyakan kes melibatkan ‘terjual’, isu-isu pendedahan dan pelabur membuat kesilapan semasa menjalankan transaksi dalam talian.“Para pelabur mahu lebih wang tetapi enggan berusaha lebih untuk memahami dan memantau pelaburan mereka,” katanya.Pada 1 September tahun ini, sebanyak 113 kes telah dilaporkan. – mStar Online





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Nak Keluarkan Duit Simpanan KWSP? Ini Amaran KWSP Kepada Pencarum Yang Patut Anda Baca. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top