KUALA TERENGGANU: Kira-kira 300 orang tidak melepaskan peluang mengunjungi Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Dataran Sundial di Kampung Laut, malam ini.
Aktiviti Pencerapan Objek Langit Fenomena Perigee Moon atau Supermoon bermula kira-kira jam 8 dan hingga 10 malam. Keadaan cuaca yang tenang membolehkan orang ramai melihat fenomena itu dengan jelas, walaupun kelihatan sedikit awan di sekelilingnya.
Pusat sains itu menyediakan empat teleskop dan aplikasi stalarium untuk membolehkan orang ramai melihat bulan dengan lebih jelas apabila gambarannya dipancarkan pada skrin besar. Aktiviti yang diadakan itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai melihat dan mendapatkan maklumat mengenai fenomena yang terjadi dalam tempoh 69 tahun sekali.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Profesor Dr Wan Nor Liza Mahadi, berkata program itu diharap dapat memberi pendedahan kepada orang ramai. "Menjadi tanggungjawab pusat ini memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai ilmu astronomi," katanya ditemui di sini, malam ini.
bharian.com.m

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Fenomena Supermoon jelas di Terengganu. TOLONG SHARE...!