Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pegawainya terbabit dengan kes penderaan seksual dan keganasan rumah tangga yang tersebar di media sosial sejak semalam.
SPRM berkata, siasatan polis mendapati dakwaan itu tidak benar.
“Laporan polis akan dibuat terhadap akaun Facebook yang menyebarkan video dan berita berhubung perkara itu.
“Adalah tidak adil bagi SPRM apabila orang ramai melemparkan andaian negatif terhadap agensi berkenaan dengan mengaitkan isu rumah tangga pegawai-pegawainya,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.
Pengendali akaun Facebook itu antara lain mendakwa pegawai SPRM berkenaan melakukan penderaan membabitkan anak-anaknya serta memuat naik gambar dan video berkaitan.
Namun, catatan di laman berkenaan sudah dipadamkan. – Bernama
SPRM berkata, siasatan polis mendapati dakwaan itu tidak benar.
“Adalah tidak adil bagi SPRM apabila orang ramai melemparkan andaian negatif terhadap agensi berkenaan dengan mengaitkan isu rumah tangga pegawai-pegawainya,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.
Pengendali akaun Facebook itu antara lain mendakwa pegawai SPRM berkenaan melakukan penderaan membabitkan anak-anaknya serta memuat naik gambar dan video berkaitan.
Namun, catatan di laman berkenaan sudah dipadamkan. – Bernama
Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Dera Isteri Secara Seksual Hingga Terkoyak, SPRM Sahkan perkara Tersebut Tidak Benar Dan Akan Ambil Tindakan Undang-Undang. TOLONG SHARE...!