KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau terlibat dalam “skandal seks” dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Presiden JMM Datuk Azwanddin Hamzah berkata Jawi perlu memanggil bekas timbalan perdana menteri itu untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan melibatkannya dengan seorang wanita.
Katanya, gesaan itu dibuat susulan Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat bekas suami wanita terbabit yang menyebut isterinya itu menjalinkan hubungan terlarang dengan Muhyiddin sehingga membawa kepada kes perceraian mereka yang disifatkan berprofil tinggi.
“Pengakuan bersumpah lelaki terbabit boleh dibawa ke tengah dan Jawi perlu membuat siasatan berkaitan isu itu kerana namanya disebut hampir 4 kali di dalamnya.
“Perkara ini bukan rekaan semata-mata kerana SD itu diguna dalam mahkamah. Jika ia tidak benar maka lelaki terbabit harus disaman kerana berbohong dan mahkamah perlu mengambil tindakan,” katanya kepada wartawan hari ini.
Beliau ditemui selepas menyerahkan bukti 14 muka surat termasuk SD kepada Jawi berhubung skandal seks presiden parti pribumi bersatu Malaysia (PPBM) itu.
Pada Jun, penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dokumen SD seorang lelaki mendakwa wujud hubungan antara isteri lelaki terbabit dengan Muhyiddin.
Lelaki itu dalam SD tersebut mendakwa, isterinya mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika ahli politik itu menjadi menteri besar Johor.
Sementara itu, Muhyiddin menafikan tuduhan mengaitkan beliau dengan wanita terbabit, dan mendakwa ia fitnah jahat yang disebarkan untuk merosakkan integritinya.
Azwanddin berkata beliau sekali lagi menjemput Muhyiddin menghadiri program yang akan dianjurkan JMM sekali gus memberi ruang kepada ahli Parlimen Pagoh itu menjawab segala dakwaan skandal seks yang terpalit padanya.
“Kita mahu tahu mengapa Muhyiddin enggan menyaman suami wanita terbabit jika ia satu pembohongan.
“Orang Melayu tidak boleh terima pemimpin politik yang berkelakuan buruk,” katanya.
sumber: freemalaysiatoday.com/

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Cubaan Untuk penjarakan Muhidin, JAWI Diarah Siasat Skandal Seks Muhyiddin Dengan Isteri Orang Hingga Berlaku Penceraian. TOLONG SHARE...!