Polis Arab Saudi berjaya menumpaskan tindakan seorang suspek yang
cuba untuk membakar Kaabah di Kota Mekah, lapor akhbar dalam talian Sabq
pada Selasa menurut agensi berita China Xinhua.
Setakat ini, tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan berhubung insiden itu namun menerusi laporan akhbar mengesahkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.11 malam waktu tempatan pada Isnin.
Namun motif tindakan
suspek itu masih tidak dapat dipastikan sehingga kini. Sejak
kebelakangan ini tempat suci sering menjadi sasaran kumpulan militan
Daesh.
Pada Mei 2016 polis Arab Saudi berjaya menghalang malapetaka lebih besar daripada berlaku apabila seorang pengebom bunuh diri cuba memasuki masjid Nabi di Madinah, menyebabkan penyerang dan empat anggota polis terbunuh manakala lima lagi cedera. – Bernama

Labels:
agama
TERIMA KASIH SUDI BACA TERGEMPAQ SELURUH DUNIA-suspek yang cuba untuk membakar Kaabah di Kota Mekah ditahan. TOLONG SHARE...!