Malaysia mula menjadi sebutan dan terpampang di muka akhbar dunia selepas tragedi kehilangan penerbangan Malaysia Airlines, MH370 pada 8 Mac 2014.
Tak cukup dengan itu, Malaysia sekali lagi diserbu media dan koresponden dari segenap pelusuk dunia selepas penerbangan dari syarikat sama, MH17 ditembak jatuh di Ukraine dan mengorbankan keseluruhan 298 penumpang termasuk anak kapal pada 17 Julai tahun yang sama.
Terbaharu, berita kematian seorang warga Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin lepas kembali membuka mata ramai pihak selepas mangsa didakwa abang tiri kepada Pemerintah Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un.
Bersediakah Malaysia untuk sekali lagi menjadi medan tumpuan dunia?
Identiti palsu
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Kim Chol berdasarkan dokumen perjalanan yang digunakan ketika kejadian didakwa menggunakan identiti palsu.
Laporan CNN menyebut Kim Chol atau identiti yang didakwa bernama Kim Jong Nam merupakan waris bekas Pemerintah Tertinggi, Kim Jong II yang memerintah Korea Utara pada 1994 sehingga 2011.
Kredibiliti identiti tersebut dicabar dengan satu persoalan; Mengapa beliau berada di tidak memerintah di Korea Utara?
Waris yang disisihkan
Laporan CNN mengatakan Kim Jong Nam disisihkan oleh ayahya selepas beliau menggunakan dokumen palsu untuk memasuki Disneyland di Tokyo, Jepun pada 2001.
Sebelum itu, Kim Jong Nam dilaporkan ‘membina reputasi’ dengan kerap mengembara menggunakan dokumen perjalanan dan pasport palsu.
Teori Kim Jong Nam dibuang negara juga semakin kuat selepas beliau tidak muncul pada hari pengebumian bapanya pada 2011.
Hidup dalam buangan dan diburu
Kim Jong Nam pernah mengkritik adik tirinya, Kim Jong Un dalam sebuah buku yang ditulis oleh Yoji Gomi dan diterbitkan pada tahun 2012 bertajuk “My Father, Kim Jong II and Me”.
Dalam buku tersebut, Kim Jong Nam mendakwa adik tirinya itu tidak mempunyai kebolehan untuk menjadi ketua, patah lagi untuk memerintah sebuah negara.
Beliau juga berubah menjadi pengkritik paling aktif rejim tersebut.
Kritikan demi kritikan oleh Kim Jong Nam dipercayai menjadi permulaan kepada episod pemburuan beliau yang mula hidup berpindah-randah di Moscow, Geneva, Beijing, Paris dan Macau.
Pengakhiran di Malaysia
Korea Selatan mendakwa perjalanan Kim Jong Nam menemui penamatnya di Malaysia selepas dibunuh secara senyap oleh dua pembunuh upahan wanita.
Sebelum gugur di Malaysia, Kim Jong Nam juga didakwa pernah cuba dibunuh oleh pembunuh upahan pada 2012.
Laporan NY Times mengatakan Kim Jong Nam sendiri menghantar surat kepada adik tirinya itu pada tahun yang sama dan merayu supaya dilepaskan dan pemburuannya ditamatkan.
Suspek pembunuh upahan ditangkap
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Kim Jong Nam.
Walau bagaimanapun, siasatan terperinci masih dijalankan untuk memastikan sama ada wanita tersebut benar-benar diberi arahan oleh Kim Jong Un.
Adakah benar kematian warga Korea Utara di KLIA Isnin lepas bermotifkan politik?
Hanya Korea Utara dan Kim Jong Un sahaja yang mampu mengesahkan perkara tersebut. – Sumber Sinar Harian
http://www.malaysiastylonews.com/164221/selepas-mh370-mh17-kini-tumpuan-dunia-beralih-ke-malaysia-lagi/
Labels:
politik
TERIMA KASIH SUDI BACA Selepas MH370, MH17 kini tumpuan dunia beralih ke Malaysia lagi. TOLONG SHARE...!