Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lelaki Cina Baling Daging Babi Ke masjid ditangkap sambil berlakon berpura-pura gila










Lelaki Cina Baling Danging Babi Kemasjid- Butterworth | Seorang lelaki berbangsa cina telah ditangkap sewaktu sedang melemparkan daging babi di Masjid Telaga Air Butterworth semalam.

Lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh kariah masjid sebelum diserahkan kepada anggota Polis yang datang sejurus kemudian setelah dihubungi.

Polis menahan  lelaki itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air, Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada jam 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

“Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu,” katanya.

Imam Dua Masjid Telaga Air, Mohd Asri Harun pula berkata kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal pagi ini bukan pertama kali berlaku.

Menurut saksi, kejadian meletakkan daging babi di kawasan masjid berkenaan sudah beberapa kali berlaku, dan akhirnya mereka berjaya menangkap individu yang melakukan perbuatan biadap tersebut.

“Kami turut membuat majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was,” katanya.

Ketika ditahan, lelaki cina tersebut berpura-pura gila dan seolah-olah tak sedarkan diri. Dan apabila sedar lelaki cina itu menjawab “saya ada hak untuk berdiam diri”




http://eberita.org/lelaki-cina-baling-danging-babi-kemasjid-butterworth/




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Lelaki Cina Baling Daging Babi Ke masjid ditangkap sambil berlakon berpura-pura gila. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top