'Bila terkena bentan, rasa sejuk menggigil' - Petua mudah rawat masalah bentan ketika dalam pantang
Amalan berpantang selepas bersalin adalah perlu bagi memulihkan kembali tubuh badan si ibu. Banyak kebaikannya namun adakalanya si ibu terlanggar pantang lalu mendatangkan masalah bentan.
Bila terkena bentan, si ibu akan rasa sakit urat dan badan terasa sejuk. Pakailah baju sejuk berapa lapis atau selimut tebal macam mana pun tetap akan rasa sejuk menggigil.
Jadi, bagaimana mahu merawat masalah bentan ini? Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh, berkongsi petuanya dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Oleh Norliza Mohd Salleh
Alkisah ramai yang mengadu terkena bentan ketika berada dalam pantang. Hari ini saya nak bagi tips untuk merawat masalah bentan. Kita panggil sebagai Sushi Garlic. Bukan menggunakan beras pulut, nanti tak pasal-pasal bentan semakin menjadi-jadi. Gunakan beras nasi biasa sahaja.
Bahan-Bahan
Nasi panas (lembik sikit)
Beberapa ulas bawang putih
Caranya amatlah mudah. Bakar bawang putih dulu. Jangan bakar sampai rentung, nanti pahit pula jadinya.
Selepas bakar, masukkan seulas bawang yang sudah dibakar dalam nasi dan dikepalkan.
Dah siap, boleh terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu bacalah bismillah dulu dan selawat. InshaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Bentan jangan dibuat main-main, merana jiwa dan raga. Kongsikanlah kepada wanita di luar sana mungkin ada yang sedang berpantang.
http://www.thereporter.my/2017/02/bila-terkena-bentan-rasa-sejuk.html
Labels:
kesihatan
TERIMA KASIH SUDI BACA 'Bila terkena bentan, rasa sejuk menggigil' - Petua mudah rawat masalah bentan ketika dalam pantang. TOLONG SHARE...!