Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kes Pukul Awie: Pendakwa Raya Mohon Diberi Lebih Masa Kemuka Bukti



Pihak pendakwa raya kes Awie yang didakwa mencederakan isterinya Rozana Misbun kemukakan permohonan kepada Mahkamah Majistret Ampang supaya diberi lebih masa untuk melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes tersebut.

Timbalan pendakwaraya Goh Ai Rene memberitahu mahkamah pihaknya perlu membuat beberapa penambahan pada dokumen sedia ada bagi menyokong kes tersebut.



Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 4 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie turut hadir pada prosiding berkenaan diwakili peguam Hazman Harun & Aimizaizul Amran.

Mengikut pertuduhan, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang. Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.


http://eberita.org/kes-pukul-awie-pendakwa-raya-mohon-diberi-lebih-masa-kemuka-bukti/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Kes Pukul Awie: Pendakwa Raya Mohon Diberi Lebih Masa Kemuka Bukti. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top