Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

JAM TANGAN TU PAKAI BELAH KANAN-kenapa ustazah suruh aku pakai jam tangan disebelah kanan, dan salah ke pakai jam tangan di sebelah kiri?

JAM TANGAN TU PAKAI BELAH KANAN.

Kata seorang ustazah kepada aku tanpa sebarang penjelasan bagi ketegasan tersebut. Jadi dengan rasa hormat aku kepada Guru, aku pun tukarlah jam tangan aku daripada tangan kiri ke tangan kanan. So, dari situ aku dah mula terfikir, malah tertanya-tanya pada diri, kenapa ustazah suruh aku pakai jam tangan disebelah kanan, dan salah ke pakai jam tangan di sebelah kiri?
Still tak dapat jawapan. 

Pada keesokan harinya aku beranikan diri berjumpa dengan ustazah, kemudian, aku bertanyalah kepada ustazah.
"Ustazah, boleh saya bertanya, kelmarin bila ustazah berjumpa dengan saya, kenapa ustazah suruh saya memakai jam tangan disebelah kanan?"
Jawab ustazah...

"Macam ni Deen, Rasulullah S.A.W suka kita buat apa-apa perkara yang membawa kepada kebaikan dengan memulakan angota disebelah kanan terlebih dahulu, contohnya, memakai kasut didahului dengan kaki kanan, masuk ke masjid dengan kaki kanan, makan dan minum juga dilakukan dengan mengunakan tangan kanan, dan bnyak lagi perkara yang sepatutnya dilakukan dengan didahului angota disebelah kanan. Begitu juga dengan memakai jam tangan.

Saya berikan contoh, kalau sekali kamu gunakan jam yang berada ditangan kanan untuk melihat dan mengetahui waktu solat, disitu pun akan dicatit 1 kebaikan keatas kamu. Cuba kamu bayangkan, kalau dalam sehari kamu melihat jam yang berada ditangan sebelah kanan untuk memastikan waktu solat fardhu kamu terjaga dengan baik, maka, sudah tentu akan lebih banyak kebaikan yg mungkin Allah akan berikan kepada kamu pada hari tersebut. Kerana apa? sebelum kamu melakukan ibadah, kamu mendahulinya dengan melihat waktu solat pada jam yang berada di tangan sebelah kanan kamu tu. 

See, nampak simple, tapi ada kebaikan yang tersembunyi disitu, tak rugi dan tak pelik pun mengenakan jam tangan disebelah kanan, malah ianya lebih menguntungkan" :-) innsyaAllah.
T.kasih ustazah atas perkongsian :-)
 
...............................................................................
Kesimpulannya, Siapa dekat sini yang memakai jam tangan di seblah kiri, Meh cuba-cuba beralih arah sebelah kanan pula.

Moga cerita ini bermanfaat buat semua. ;-)

Via Ustaz Syarif Ad-Deen



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA JAM TANGAN TU PAKAI BELAH KANAN-kenapa ustazah suruh aku pakai jam tangan disebelah kanan, dan salah ke pakai jam tangan di sebelah kiri? . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top