Berikutan jadi tular sebuah status yang telah dimuatnaik oleh seorang doktor perubatan mengenai keburukan pengambilan barang-barang produk soya semalam, Dr. Noorul Amin telah mengambil tidakan untuk menyekat sebahagian daripada pengguna Facebook yang mengkritik dan menghina pandangan beliau tersebut.
Tindakan tersebut terpaksa dibuat oleh Dr. Noorul akibat penghinaan dan kata-kata kesat yang dilontarkan oleh netizen kepada beliau sejak semalam lagi, rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pandangan beliau yang dikatakan tidak tepat dan mengelirukan masyarakat.
Sebuah laman page di Facebook, Pseudoscience Watch yang terkenal dengan pembongkaran penipuan perubatan dan MLM turut tidak ketinggalan untuk memberikan pendapat mereka mengenai status Dr. Noorul Amin yang penuh kontroversi ini semalam.
Baca ulasan mereka di bawah:
Pak Aji ni tak habis2 membongak. Kut ye nak promote produk sendiri, tak perlu lah merepek dan condemn pasal benda lain. Siapa pak aji ni sebenarnya?
1. Beliau memang seorang duktur perubatan bertauliah. Grad UKM. Masa student dulu kuat isap rokok macam naga. Sekarang ada private practice dan bukak buat dialysis sendiri. Turut mengeluarkan produk yang mengatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kencing manis(T2DM/diabetis mellitus).
2. Mengatakan apa yang diamalkan oleh beliau adalah prophetic medicine(perubatan berdasarkan Rasullullah). Tapi Nabi tak suruh isap rokok, buat claim macam2 diri sendiri tak boleh buktikan atau menggunakan nama Baginda untuk kepentingan sendiri.
3. Nabi galakkan kita berniaga dan bersederhana(wasatiah) dalam hidup kita. Tapi jujur lah nak berniaga dan gali ilmu yang telus lagi sahih dalam pengamalan. Kalau TIDAK, itu definisi menunggang agama dan nama Baginda.
4. Bila kita tanya balik mana rujukan atau citations dalam pelbagai tuduhan dia terhadap soya ni, comment kena delete dan yang bertanya tu kena ban pulak. Aik takut kena londeh ke? Lepas tu dia cop siapa yang tidak bersetuju adalah tali barut industri GMO, berimankan Yahudi dan berkiblatkan perubatan barat semata mata.
5. Memang pakai ayat2 golongan antivaksin sebab duktur ni pon antivaks jugak. Marketing beb. Ramai je orang jual produk claim macam2. So macam mana nak membezakan diri sendiri dengan orang lain yang turut sama membongak? Go against the flow.
6. Nak minum soya atau pakai produk soya pakai jela tapi janganlah dok telan sampai 2-3 baldi. Bersederhanalah dalam segalanya. Kalau nak cerita hormones, bersepah lagi makanan2 yang bukan drpd hasil GMO seperti keladi, jagung dan ulam pon ada hormone. Adakah kita ban drpd telan perkara2 tersebut?
7. Teknik ni juga dikenali sebagai fear mongering. Dia takut takutkan orang dengan perkara tidak masuk akal. Bila kita bidas balik(teruk dia kena tibai dalam Twitter dengan endocrinologist/pakar endokrin) kena block. Kat FB dia ban. Memang la dia tak berani nak berhujah sebab dia tidak berlandaskan kebenaran. Ikut kepala sendiri sahaja. Sambil2 tu promote produk sendiri dengan overclaim yg tidak munasabah. Ramai je buat camtu. Doula, penjual pad magic, snake oil peddlers etc.
8. Kencing manis ni sebab ianya merupakan penyakit yang kronik sering digunakan sebagai tunggangan oleh pelbagai produk. Sebab itu pon Pak Aji ni pon nak turut join the bandwagon sekali. Kalau orang lain membongak takde kelulusan, dia membongak ada kelulusan. Tentu lebih laris jualannya!
9. Habbatussauda(nigella sativa) memang mampu menurunkan paras gula dalam badan. Tapi ianya juga turut boleh menyebabkan hypoglycemia(gula rendah) sekiranya diambil dalam dos berlebihan. Sebab itu kalau tak tahu, jangan ambil sebarang. Berbeza berbanding ubat metformin yang diberikan dalam rawatan kencing manis dimana dosnya dikawal selia dengan baik. Takkan ada masalah jadi hypo sebab ubat ni sejenis euglycemic(kalau tinggi dia turunkan, kalau rendah dia naikkan). Memang sebegitu mechanism of action dia. Berasal drpd tumbuhan juga(french lilac/Galiga officinalis)
10) Kalau ada orang asyik membongak tuduh gitu gini, duktur biasa bukan pakar pon, ada agenda sendiri(jual produk), ada udang disebalik batu merepek tak tentu pasal tanpa rujukan(marketing), tak payah peduli sangat. Macam2 jenis penunggang agama skrg ni. Apetah lagi kalau jenis produk lepas tu cakap boleh sembuh gitu gini dan tak perlu berenti isap rokok, tak payah exercise dan tak payah jaga makan.
http://www.ohmymedia.cc
Labels:
informasi
TERIMA KASIH SUDI BACA Ibubapa Yang Tidak Bismillah Ketika Bersetubuh, Hasilkan Anak Yang Syaitan dan Biadap – Dr Noorul Amin. TOLONG SHARE...!