Menurut kenyataan Ahli Parlimen Bachok yang dipetik menerusi laman FB rasminya, kehadiran ahli kerabat YDPA yang baru ke Istana Negara menggunakan pesawat MAS yang disewa khas. Dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Hari ini ialah hari pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDPA yang baru secara rasminya.
Apa yang uniknya dengan penerbangan tersebut ialah, pramugari-pramugari MAS yang bertugas semuanya memakai pakaian menutup aurat dengan lengkap bertudung.
Turut dimaklumkan sama ialah pramugari-pramugari tersebut meminta agar Ahli Parlimen akan tetap konsisten berjuang dalam isu hak pramugari MAS dalam soal tudung dan hidangan arak atas pesawat.
Apa yang menarik perhatian netizens ialah, ini adalah penerbangan khas yang pertama kali melibatkan kerabat diraja yang mana pramugarinya memakai tudung untuk melayan rombongan YDPA ke Istana Negara bagi acara Melafaz Sumpah Jawatan.
Netizens kemudiannya memuji tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai permulaan yang baik bagi Yang Dipertuan Agong yang baru.
Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Tindakan Pramugari MAS Ketika Pesawat Khas Yang Disewa Membawa Kerabat YDPA Mengejutkan Rakyat Malaysia . TOLONG SHARE...!