Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Setelah Lama Menyepi, Ahmad Maslan Kembali Lagi Dengan Kenyataan "Bodoh" Terbaru

KUALA LUMPUR: Jika tidak mampu untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta ekoran terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bolehlah berkunjung ke hospital kerajaan, jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Sebelum ini Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris membuat aduan berhubung GST apabila terpaksa membayar ribuan ringgit bagi kos rawatan anaknya.

“Kita ada pilihan, sekiranya kita berkemampuan bolehlah dapatkan rawatan di hospital swasta tetapi jika tidak mampu, hospital kerajaan sentiasa ada,” ujar Ahmad Maslan.

Memetik laporan The Rakyat Post, Ahmad Maslan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Jumat Idris.“Tiada siapa yang menyuruh beliau pergi ke hospital swasta. Pilihan di tangan sendiri,” tambahnya.

Menurut beliau, hospital kerajaan turut menyediakan perkhidmatan yang sama malah lengkap dengan semua kelengkapan perubatan.

“Sekiranya masyarakat memilih hospital swasta, maka mereka harus bersedia untuk menanggung kosnya.

“Dahulunya hospital swasta juga mengenakan caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus,” jelasnya.

Jumat menerusi posting di laman Facebook menyatakan beliau memahami beban yang dihadapi rakyat lantaran terpaksa membayar sendiri rawatan anaknya yang menghidapi sakit saraf dan tulang belakang bengkok.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSE6xdHqVeS1ckTWB7g9oiPnaX-KE0KH5aK7ln8yZytpGlsLz7doKmU6sZqc0z-7ELaLCdd5qye7uaCVBNjq271mQchua2tSZ6UgJh6xJX1ton-FvP1hxjA0pYHt5C5_Dy1rXAkBMm1AI/s1600/61429780112_freesize.png


Status yang dimuat naik pada 18 April lalu itu mendapat pelbagai komen daripada masyarakat umum yang melihat itu sebagai peluang untuk meluahkan bebanan mereka sejak pelaksanaan cukai berkenaan pada 1 April lalu.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Setelah Lama Menyepi, Ahmad Maslan Kembali Lagi Dengan Kenyataan "Bodoh" Terbaru. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top