Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Luahan Kecewa Ibu, Polis Belasah anaknya Yang Tidak Bersalah Hingga Mengalami Kecederaan Serius

ALOR SETAR: Seorang mekanik mendakwa dipukul beberapa anggota polis sehingga mengalami kecederaan serius selepas dia dipanggil untuk membantu siasatan kes.


Kejadian dikatakan berlaku apabila dia dan rakannya yang sedang mengecat motosikal dihampiri sebuah van polis menyebabkan mereka melarikan diri kerana terkejut.

Kedua-dua mereka, bagaimanapun berjaya ditangkap, tangan digari dan mendakwa dipukul beberapa kali sebelum dibawa menaiki van.

Menurut Muhammad Zul Farhan Zulkifli, 23, ketika di dalam van dia mendakwa dibaringkan di atas lantai dan dipijak sehingga tiba di ibu pejabat polis Kota Setar.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang, 6 November lalu di Taman Arowana, Alor Setar.

“Memang tak patut buat macam itu.  Saya tidak terlibat. Kalau saya terlibat, saya boleh terima masalah, saya tidak terlibat. Kecederaan tangan, paha. Hendak buat kerja pun susahkan ,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Zul Farhan berkata keesokan hari, dia dibawa polis ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman selama empat hari.

Kerana merasa kesakitan, dia meminta untuk dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah kulitnya menggelembung, namun tidak dibenarkan.

Selepas beberapa hari di rumah, keadaan luka bertambah serius sehingga menyebabkan kulit terkena jangkitan kuman, merebak dan bernanah.

Bagi ibu mangsa, Jamaliah Saad, 50,  selepas melihat keadaan anaknya, dia pergi membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati anaknya dipukul secara keterlaluan.
Katanya kecederaan yang dialami anak kedua dari empat beradik itu terlalu teruk dan mahu polis menyiasat mengenai kejadian itu.

“Sebagai ibu, saya memang kesal, kecewa, sangat sedih sangat apa yang berlaku dekat anak saya. Saya harap pihak yang bertanggungjawab tolonglah buat yang terbaik.  Jangan sampai teraniaya. Kami tidak mahu terjadi pada orang lain selepas ni,” kata Jamaliah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya akan membuat siasatan terperinci mengenai dakwaan itu. astroawani.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Luahan Kecewa Ibu, Polis Belasah anaknya Yang Tidak Bersalah Hingga Mengalami Kecederaan Serius. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top