Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

16 Kakitangan Perubatan Dirahkan Bantu Wanita Obesiti Seberat 140 kg Untuk Melahirkan Anak

CHANGSA - CHINA. Seramai 16 kakitangan perubatan dikerahkan bagi membantu seorang wanita obes yang mempunyai berat badan 140 kg melahirkan bayi.

Kakitangan perubatan dari empat jabatan di Hospital Rakyat Hunan dikerah untuk membantu wanita itu melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.

Wanita yang dilaporkan hamil 39 minggu itu mengalami pelbagai penyakit seperti jantung, tekanan darah tinggi pulmonari dan diabetes gestasi yang boleh membawa komplikasi yang serius untuk kedua ibu dan bayi.

Oleh kerana berat badan pesakit, doktor berkata, mereka berdepan dengan cabaran anestesia memandangkan jarum biasa hanya sepanjang lapan sentimeter, tidak cukup panjang untuk menyuntik anretetik ke dalam tubuhnya.

Beberapa kakitangan terpaksa menyokong  badan wanita itu untuk duduk bagi menyuntik anestetik di tulang belakangnya dan bukanya di leher.

Pembedahan dilakukan pada sebelah pagi dan berakhir dua jam kemudian.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA 16 Kakitangan Perubatan Dirahkan Bantu Wanita Obesiti Seberat 140 kg Untuk Melahirkan Anak . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top