Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Rosmah dapat RM85 juta , Kenaikan Minyak Masak Dan Petrol Mendadak Netizen Doakan Agar Allah Melaknat Najib Inilah Doa Netizen Yang Membuatkan Penyokong UMNO Terkedu

Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentakLaman sosial Facebook malam ini dibanjiri komentar orang ramai yang mengecam tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan api dan harga minyak masak secara serentak berkuatkuasa esok.



Mulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMM8sPpuXooI1-opwekkWN61DABfP5xY9COzB2Q72scL_mzYGpWGfzJkAaPN6Z0Hvy_iwpDwpsYJtDFj8C3GMD3sE_4aQhuF4uaV7Exvsx8UdvFPm2_F1MIINwKz3cCskkSLD8uU2O_gmx/s1600/14591675_997944483649221_2286684438353960662_n.jpg

Pada masa sama, rakyat Malaysia sebelum ini digemparkan dengan kenaikan harga minyak masak akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.


Hal ini menyebabkan harga 1 kilogram minyak masak paket plastik naik 40 sen kepada RM2.90 manakala minyak masak botol 5 kilogram naik RM1.90 kepada RM15.25.

Menulis di ruangan komentar pada status Facebook Najib Razak, Zunairah Abdullah menyifatkan Presiden Umno itu berbohong semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLSi94fdNrIvgPSWbjDSCLZSgogelQjQFrCbZtrJCYEh2xygJJvfLET7GhfJEjS0pTns7axDnvaQzsazqBxb2K00oH1VDM9NplZ4t0LkHAWe8MPZ5bdslYVRnRk4OGDGSwuaeilmH2W-fQ/s1600/minyak.jpg

“Minyak naik Datuk (Najib Razak), hari tu Datuk sembang tipu masa BR1M 2017. Ni semuanya pasal BR1M naik. Minyak pun naik. Minyak masak pun naik,” keluhnya.

Sementara itu, Chew Huey menulis, “Dah dijangka. Sikit hari nanti tol pun ikut naik. Kalau tak, mana mau cari duit untuk bayar BR1M” manakala Rizal Ahmad secara sinis menganggap rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat kerajaan yang cakna.

“Alhamdulillah, janji ditepati. Minyak masak naik. Minyak petrol pun naik. Terima kasih kerajaan kesayanganku. Muahhhhhhh. Nasib baiklah dapat kerajaan yang prihatin,” sindir Rizal.

‘Rosmah dapat RM85 juta’


Terdapat juga netizen yang mengaitkan pertambahan peruntukan untuk institusi pendidikan awal kanak-kanak, Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor pada Bajet 2017.

“Rosmah dapat RM85 juta. Menyusahkan rakyat!” bentak Aziman Azmi manakala Adam Johor menyoal, “Dunia minyak turun bulan November. Mengapa Malaysia naik? Tidak masuk akal,” tegasnya.

Hakikat pasaran minyak dunia tidak mencatatkan kenaikan harga mendadak turut diakui seorang penduduk Sabah, Rayner Gumisi.

Beliau menyifatkan akibat undi penyokong BN pada pilihan raya umum lalu, kerajaan pada masa ini hanya tahu menaikkan harga barangan keperluan sebagai cara kononnya bagi menangani masalah.

“Hanya ucapan tahniah yang dapat diucapkan kepada penyokong buta kerajaan. Semua naik untuk menyelesaikan masalah negara. Rakyat yang undi rakyat juga yang tanggung,” kata Rayner lagi.

Walau bagaimanapun, ruangan komentar status Facebook Najib itu juga dipenuhi catatan #RespectMyPM oleh penama yang dipercayai ramai netizen lain berdaftar atas akaun palsu.

Dalam perkembangan berkaitan, tekanan peningkatan kos sara hidup rakyat sedia ada turut diakui oleh pemuda yang terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, 26 Oktober lalu.

Pemuda Melayu berusia 39 tahun itu dalam catatan terakhirnya di Facebook meluahkan dirinya tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman terhadapnya yang menjual rokok seludup sebagai tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan berbanding kes jenayah berskala besar lain.

“Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi,” dipetik daripada akaun Facebook ayah kepada dua cahaya mata berkenaan yang viral baru-baru ini. -mk

ULASAN GB

Hakikatnya rakyat terus menderita di bawah UMNO BN pimpinan Najib.

Yang anehnya, harga bahan api di Malaysia naik paras tertinggi untuk tahun 2016 tatkala harga minyak dunia jatuh merudum sekarang ini.


Rakyat ditipu hidup-hidup dengan kenaikan BR1M yang belum pun sempat ia dinikmati, poket telah bocor terlebih dahulu akibat dari kenaikan kos bahan api dan minyak masak.

Maka itu, tidak hairan ramai yang meluahkan rasa marah kepada Najib.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-mwMyP9UY48alcA1lIjfkZU5D2KWjC-tb1dRCheay5Q1WYBFc9pco5yzCB3TdjAzXbtOrTf2D1IgPkegjnH-zXRhlA_i0Z7HPV90BB29yOzYIMZVTPnzIOveYk9n1lvi05FhDM57IFVBU/s1600/marah1.jpg



Malah di dalam satu status, ada yang mendoakan agar jet yang Najib dan Rosmah itu akan jatuh terhempas.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9MKzmJB7VPphSLUDbkN0Mpi9PS8Nmd-Xp032ACqmjsnNmuZ5Ocjdifq6sMkH9xoSNDPlPN4k0WSkQaDsCHuvFdVeqU_pwe9zXCu62wonsxTqlcQ4y6A3MrXyvEUZPzwHpGs4IK_7WHvG1/s1600/marah2.jpg

Itu semua expressi kemarahan rakyat marhaen yang hidupnya tertekan di bawah rejim Najib yang dilihat boros berbelanja tetapi menjadikan rakyat jelata kian sengsara.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjb5ux1O6eSJ0vcQoH7fjVUeSEM4HRpLeWWoGbTrDH0c0L0L6sDvEVn-XJinivwGSi2iYvz8SXYmZvhlSFJpXbrJPhMLNyn-ae0cUWfxFfSipw2dqzpeRwnRJ4pCggDnMdh5AU5QlspUI1P/s1600/marah3.jpg

Kita ingin beritahu kepada semua bahawa diantara doa yang dimakbulkan Allah swt ialah doa orang yang dizalimi.

Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.” (Hadis riwayat Hakim – sanad sahih)

sumber:greenboc.blogspot.my

dikongsi:malaysianewsss.blogspot.my/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Rosmah dapat RM85 juta , Kenaikan Minyak Masak Dan Petrol Mendadak Netizen Doakan Agar Allah Melaknat Najib Inilah Doa Netizen Yang Membuatkan Penyokong UMNO Terkedu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top