Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lelaki dibawa ke Balai Polis selepas ramal BN tumbang di Sabah

LELAKI bernama Jufazli Shi Ahmad seorang anak muda yang lantang mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Barisan Nasional, BN Sabah memaklumkan di facebook  bahawa beliau telah dibawa ke Balai Polis Travers.
Kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas meramalkan parti Warisan pimpinan Dato Seri Shafie Apdal akan menang besar pada pilihanraya umum ke 14, sekaligus menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di Sabah.

Orang ramai terutama pengikut facebook beliau tertanya-tanya apa sebab sebenar Jufazli dibawa ke Balai Polis. Punca penahanannya sehingga kini masih tidak jelas.

Ramai yang mengandaikan penahanan itu ada kaitan dengan pendedahan terperinci oleh Zulfadli sebelum ini tentang skandal rasuah air Sabah di mana beliau mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sebagai pelaku rasuah yang terlibat dalam skandal tersebut.

Dalam tulisannya itu, Jufazli mengaku bahawa pendedahan itu berisiko untuk diri dan Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah yang diterajuinya.

Namun menyedari bahawa ilmu itu patut dikongsi bagi menyelamatkan masyarakat, maka beliau mahu mati dipenjara kerana berkata benar di negara ini.

Ini salah satu kelebihan bila ditahan polis, daripada orang tak berapa mengenali beliau, sekarang anak muda ini telah menjadi viral di laman sosial Facebook.

Aku percaya ditahan oleh polis adalah strategi beliau agar mesej-mesej yang ditulisnya menjadi bualan dan digali oleh orang ramai.milosuam.net



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Lelaki dibawa ke Balai Polis selepas ramal BN tumbang di Sabah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top