Lara Alana Di Sahkan Lambat Bercakap
Walaupun mempunyai perkembangan fizikal melebihi kanak-kanak seusianya, bagaimanapun Awal Ashaari masih risau tentang kebolehan Lara Alana bertutur.
Memasuki usia dua tahun, Lara mempunyai sedikit masalah pertuturan, beliau seakan keliru dengan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris, selain dialek yang digunakan oleh ibu dan ibu mertuanya.
“Dari segi ketinggian, dia sudah 90 peratus lebih daripada kanak-kanak biasa. Berat badannya pula sudah 60 peratus lebih daripada budak seumurnya. Bila saya hantarnya ke sekolah, kawan-kawannya masih kecil tetapi dia sudah besar. Ada benda yang ke depan dan ada benda yang dia ke belakang. Kami banyak bercakap dengannya cuma terlalu banyak bahasa yang digunakan”
“Saya cakap Melayu dan Inggeris. Pembantu rumah saya memang cakap Inggeris saja tak pandai cakap Melayu. Mak mentua saya cakap Kedah, mak saya guna bahasa biasa. Jadi banyak sangat bahasa yang dia dengar. Mungkin itu menyebabkan dia lambat bercakap,” katanya kepada Projek MMO mengenai masalah pertuturan yang dihidapi oleh anak perempuannya.
Sementara itu, bercakap mengenai program realiti anaknya, Lara Oh Lara yang ditayangkan di Astro Ria, Lara begitu menggemari rancangan tersebut sehinggakan kadang-kadang beliau sendiri mengambil alat kawalan jauh untuk menonton rancangan itu. Bagaimanapun, Awal tidak pasti jika tindakannya menonton televisyen baik untuk masalah perkembangan pertuturan.
Dalam masa yang sama, Awal yang menyedari kritikan orang ramai yang mungkin meluat melihat mereka sekeluarga yang sering muncul di kaca televisyen berkata, dirinya tidak mampu mengawal perkara tersebut kerana komitment kerja yang harus dilakukannya. Namun akuinya lagi, program tersebut mampu menaikkan populariti mereka sekeluarga.
INFOMASI
Berkomunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi buat anak-anak. Anak yang normal mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi atau bercakap sejak dari lahir. Hanya berbeza caranya sahaja berbanding kita yang dewasa.
Masalah untuk bergaul bersama rakan dan orang sekeliling akan timbul apabila anak-anak lambat bercakap.Seseorang anak yang mempunyai masalah bercakap boleh kita kenali sejak mereka berumur 4 bulan lagi. Mengikut statistik gangguan komunikasi ini hampir 5-10% wujud dikalangan anak-anak hari ini dan nampak semakin membimbangkan para ibubapa.
Mari kita lihat ciri-ciri masalah gangguan komunikasi atau oral dikalangan anak-anak di bawah ini :
1) Usia 4-6 bulan – Tidak meniru suara yang diucap oleh kedua ibubapanya.
– Masih tidak menunjukkan reaksi untuk ketawa atau berceloteh
2) Usia 8-10 bulan – Belum pandai bertindak balas atau menyahut apabila dipanggil namanya
3) Usia 12-15 bulan – Belum pandai membuat mimik muka yang pelbagai
– Tidak menunjukkan aksi untuk bercakap apabila menginginkan sesuatu
– Belum dapat menyebut 1-3 patah kata
4) Usia 18- 24 bulan – Belum mampu menyambungkan 2 perkataan menjadi 1 ayat yang mudah
– Tidak memahami fungsi alatan yang ada di rumah seperti sikat, sudu atau pinggan dan
sebagainya
– Belum mampu meniru kata-kata atau perbuatan ibubapa atau orang lain
– Tidak mampu menunjukkan anggota tubuh mereka apabila ditanya. Contohnya, ‘where is your nose Aiman?’ atau sebagainya
5) Usia 30-36 bulan – Tidak pandai menggunakan ayat yang sederhana
– Pertanyaan dan tidak dapat dipahami oleh orang lain selain anggota keluarga
http://www.dakwatmerah.com/2016/11/lara-alana-di-sahkan-oku.html
Labels:
hiburan
TERIMA KASIH SUDI BACA Lara Alana Di Sahkan Lambat Bercakap-awal dan isteri redha..... TOLONG SHARE...!