Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kenaikan Harga MInyak Masak Sangat Sedikit Kesannya Berbanding Jasa UMNO Pada Rakyat, Pembangkang Perlu Bersyukur - Penyokong Tegar UMNO

Harga Minyak Masak Terkini Mulai 1 November 2016. Berapa harga minyak masak dalam botol dan paket di Malaysia susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga? Harga minyak masak dalam paket 1KG akan kekal pada RM2.50 sekilogram. Namun, subsidi akan dihapuskan untuk minyak masak selain daripada paket 1KG.


Pengumuman harga minyak masak terkini telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada hari Rabu 26 Oktober 2016. Harga minyak masak terkini di Malaysia ini akan mula berkuatkuasa dari 1 November 2016.

Berikut dikongsikan harga minyak masak bermula 1 November 2016 :-

  1.     Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) : Tiada kenaikan - RM2.50 sekilo (Kekal)
  2.  Minyak masak paket termasuk minyak masak berbotol lebih 1KG: Harga mengikut harga pasaran bermula 1/11/2016

Harga minyak masak sawit tulen (anggaran minimum berdasarkan harga olien paras stabil RM2,900 setan)
Harga Subsidi vs Tanpa Subsidi

    1KG : RM3.60 (RM3.70)
    2KG : RM7.20 (RM7.40)
    3KG : RM10.35 (RM11.10)
    5KG : RM14.70 (RM18.50)
    Paket Plastik : RM2.50 (RM2.50 kekal)

* Harga dalam kurungan adalah harga tanpa subsidi



Nota
Senarai harga minyak masak bukan bersubsidi di atas ini bukan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Harga jualan minyak masak bukan bersubsidi tidak ditetapkan oleh KPDNKK sebaliknya harga minyak tersebut ditetapkan oleh industri mengikut harga pasaran minyak sawit.

Walau bagaimanapun, industri masih tertakhluk pada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Ini bermakna jika terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah berlaku, maka tindakan boleh diambil ke atas industri kerana mengambil keuntungan berlebihan.

Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

Langkah kerajaan dalam penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak bertujuan untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan minyak masak dapat menikmati subsidi kerajaan. Tanpa langkah ini, kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menanggung subsidi minyak. Langkah juga bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran.

Dengan penghapusan subsidi minyak masak selain paket 1 KG, diharap pihak peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Semoga harga barang terutama makanan tidak akan terjejas ketika kos sara hidup kini semakin meningkat. sumber: panduanmalaysia.com


Susulan minyak masak ini ia mengundang kemarahan rakyat Malaysia kerana mereka yang susah telah dikenakan cukai GST dan terima kenaikan minyak masak serta minyak petrol serentak.


Berang kerajaan UMNO dikecam oleh masyarakat wanita penyokong kuat UMNO tampil dan backup supaya rakyat Malaysia tidak membenci kerajaan kenaikan harga minyak masak hanya sedikit berbanding sumbangan kerajaan kepada rakyat Malaysia.


Bukan itu sahaja beliau juga meminta supaya Pembangkang jadikan pengajaran dan bersyukur di atas kenaikan harga minyak masak .





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Kenaikan Harga MInyak Masak Sangat Sedikit Kesannya Berbanding Jasa UMNO Pada Rakyat, Pembangkang Perlu Bersyukur - Penyokong Tegar UMNO. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top