Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Heret TV3 Dan Media BN ke mahkamah, Cabaran Guan Eng Kepada Kerajaan

GEORGE TOWN: DAP menyifatkan tindakan kerajaan mengheret KiniTV ke mahkamah susulan penyiaran rakaman memaparkan seorang bekas pemimpin UMNO mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sebagai mencabuli prinsip kebebasan media.


Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, tindakan kerajaan itu juga menunjukkan bahawa Apandi mengambil kritikan itu secara peribadi, sedangkan tugasnya sebagai penjawat awam tidak terlepas daripada sebarang teguran membabitkan akauntabiliti.

“Jika KiniTV boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana memuat naik dua video yang dikatakan kononnya ‘menyinggung dengan berniat menyakiti’ Peguam Negara, bolehkah media milik BN seperti TV3 didakwa melakukan perkara yang sama terhadap saya?” Soal Guan Eng dalam satu kenyataan, hari ini.

“Tindakan harus diambil terhadap TV3 kerana kegagalan untuk berbuat demikian hanya menunjukkan bukan sahaja sikap dwi-standard (kerajaan), malah memberikan tanggapan bahawa hanya pemimpin anti-BN dan parti politik pembangkang dijadikan sasaran,” tambahnya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, ia adalah kes pertama yang melibatkan orang perseorangan atau syarikat atas dakwaan ‘menyakiti’ melalui rakaman video KiniTV yang menuntut supaya Apandi meletakkan jawatannya itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang mengheret saluran video atas talian Malaysiakini itu ke Mahkamah Khas Siber atas dakwaan kononnya menghantar mesej “jelik” dengan niat “menyakitkan hati orang lain”.

KiniTV didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan seseorang itu boleh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Rakaman video itu memaparkan seputar sidang akhbar mantan naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang membidas Apandi dan menuntutnya meletak jawatan kerana berdegil tidak mahu membuat pendakwaan dalam kes skandal 1MDB.

Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan didakwa di Mahkamah awal pagi tadi berhubung penyiaran rakaman tersebut. Beliau juga menghadapi dua dakwaan berasingan sebagai Pengarah KiniTV.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendesak agar kerajaan menarik semula dakwaan terhadap portal berita terbabit dan kerajaan negeri turut menyatakan kesediaan untuk membantu pihak defenden (KinitTV).

“Memandangkan dakwaan yang sama tidak pernah dibuat terhadap mana-mana pihak yang pernah menyerang pemimpin kerajaan Pulau Pinang, kerajaan negeri bersedia untuk menawarkan bantuan untuk KiniTV dan dua pengarahnya untuk menentang dakwaan itu,” katanya. – Roketkini.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA Heret TV3 Dan Media BN ke mahkamah, Cabaran Guan Eng Kepada Kerajaan . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top