Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Dia baru je 50 tahun. Mungkin test market. Dia ngorat seorang perempuan Cina pulak. Sampai bersedudukan.

Salam admin. Boleh tolong post, saya perlukan sedikit nasihat dan bantuan.
Ini masalah ayah saya.


 Dah bercerai lama dengan ibu sebab ayah suka main perempuan sampai kena penyakit. Ayah pernah berkahwin sekali dengan perempuan Indonesia tetapi saya rasa pernikahan tak sah. Lama juga saya korek hal ni, dapat tau perempuan tu masih berstatus isteri orang. Dalam dua tahun lepas, ayah ceraikan dia sebab dia taknak jaga ayah sakit.

Masa tu saya agak lega sebab ayah dah tinggalkan perempuan tu. Ayah saya ni bermasalah sikit. Susah nak ditegur. Adik beradik saya yang lain pun lepas tangan. Saya sorang saja yang dah berkahwin. Saya anak ke tiga. Jadi saya rasa, biar lah saya tengok2 kan memandangkan ayah sakit. Sebulan sekali saya akan jenguk ayah.

Penyakit lama ayah datang balik. Dia baru je 50 tahun. Mungkin test market. Dia ngorat seorang perempuan Cina pulak. Sampai bersedudukan. Tinggal sama sebumbung. Jiran2 memang dah malas nak peduli. Apatah lagi adik beradik ayah sendiri. Sebab dia memang susah ditegur. Alasannya, takde siapa nak jaga ayah. Tapi belum ada apa-apa ikatan. 

Runsing saya fikirkan. Sampai bila ayah nak bergelumang dengan maksiat. Saya selalu berbincang dengan suami nak tolong ayah. Rupanya perempuan tu pon masih lagi isteri orang tapi dah masuk islam. Ayah kata hubungan dia ngan suami automatik terputus. Betul ke? Saya nak marah, penat. Penat tegur.

Setiap kali saya balik rumah ayah, perempuan cina tu selalu ada. Dia jaga makan pakai ayah. Adik beradik saya yang lain duduk jauh, semua taknak jenguk ayah. Saya takut dan risau kalau bila-bila masa sahaja ayah saya akan ditimpa sesuatu. Nasihat tak jalan. Apa cara lagi saya nak pakai? Ayah sendiri..

Sekarang ayah saya asyik mengadu perutnya sakit. Sakit yang tak tertahan. Sampai pergi berubat entah dengan siapa. Habis beribu.. Saya takut apa apa hal akan terjadi. Malu pon ada.. Saya nak cari jalan penyelesaian..



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Dia baru je 50 tahun. Mungkin test market. Dia ngorat seorang perempuan Cina pulak. Sampai bersedudukan. . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top