Rakaman sekumpulan murid perempuan dipaksa masuk ke dalam kolam yang diisi dengan ular viraL di laman sosial.
Rakaman tersebut yang tidak diketahui lokasinya di muat naik oleh Facebook Friends Of PDRM dipercayai sebuah program pembentukan jati diri dan berdurasi hampir tiga minit
Dalam rakaman tersebut jelas kelihatan murid berkenaan menjerit serta menangis ketakutan melakukan aktiviti berkenaan dan sesekali beberapa lelaki dewasa yang berada ditepi kolam tersebut menakutkan mereka dengan pancuran air.
Kebanyakkan para pelayar internet mempersoalkan kewajaran aktiviti berkenaan sedangkan banyak lagi aktiviti lahitan pembetukan jati diri bagi membentu pelajar mengatasi rasa ketakutan mereka.
Jawapan dari pihak APM
Ipoh : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggantung serta merta modul pembinaan kumpulan murid yang digunakan mereka bagi menyiasat sama ada terdapat pelanggaran operasi prosedur standard (SOP) selepas satu video berkaitan latihan menggunakan modul itu menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Video itu mengundang amarah ‘netizen’ kerana ada yang mencampak ular ke dalam kolam dimasuki murid menyebabkan mereka ketakutan dan difahamkan kejadian berlaku di Kuala Kangsar.
Kolonel Pertahanan Awam (PA) Negeri, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai penggunaan ular dalam latihan yang dilakukan oleh pengurusan APM.
Katanya, APM sudah menjalankan modul latihan untuk membina jati diri murid dan pelajar lebih dari 10 siri sejak tiga tahun lalu namun kejadian pengunaan ular pada program itu adalah pertama kali berlaku.
“Jadi kita musykil mengapa pihak pengurusan berkenaan menggunakan pendekatan itu kerana kita melarang sama sekali anggota bermain ular atau membuat pertunjukan permainan ular.
“APM amat menitik beratkan keselamatan peserta dan sangat berduka cita mengenai kejadian berkenaan walaupun semua peserta berada dalam keadaan sihat serta selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, antara tujuan program berkenaan dilakukan adalah untuk mengukur tahap kerja, kerjasama dalam kumpulan, pematuhan arahan dan lain-lain seperti yang dipohon.
Dalam rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu kelihatan sekumpulan murid perempuan yang berpakaian sukan lengkap melakukan latihan meredah kolam air berselut yang dicampakkan ular serta dipaksa meredah kawasan itu selain turut di siram air dan disergah supaya memberanikan diri menghadapi ujian yang diberikan itu.
Kelihatan ada diantara mereka yang panik, ketakutan dan menangis.

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Video Campak Ular Dalam Kolam Di Masuki Murid Hingga Membuatkan Netizen Berang, Ini Penjelasan APM Sebenar. TOLONG SHARE...!