Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

terima kasih ya allah 4 tahun menunggu zuriat..akhirnya dapat sepasang..indahnya bersabar menunggu zuriat

Salam. Rasanya ada ibu2 kat sini yang dapat anak lepas beberapa tahun kahwin kan. Saya nikah 12/05/12. 09/04/16 anak kembar saya lahir.


 Alhamdulillah. Ramai kawan yang belum mengandung tanya saya ada ambil apa2 ubat, ada yang kongsi cerita, ada yang luahkan rasa sedih. Biasa lah bila ada keluarga atau orang sekeliling yang selalu sangat bertanya kita jadi sensitif. 

Tengok pula gambar2 baby kat fb ni perasaan nak anak makin membuak.
Jujurnya nak masuk 3 tahun saya masih belum mengandung, baru saya dan suami decide untuk buat further check up. 

Tapi Allah dah tetapkan rezeki untuk kami. Dah pregnant sebelum jumpa doktor. Scan kali pertama kandungan lebih kurang 12 minggu. Waktu tu dapat tahu kembar. SubhanAllah gembiranya tak terkata. Anak2 pun baik tak godek perut umi sangat2 hehe. Tak ada alahan teruk dan rezeki bersalin normal. 


Aisar Hafiy lahir 4.45 pagi berat 2.15kg dan Aimar Hasif lahir 4.55 pagi berat 2.2kg.
Tak ada anak tak bermakna kita tak boleh bahagia kan. Allah tahu masa yang tepat untuk beri kita yang terbaik. Yang penting antara kita dan suami kena saling memahami dan menyayangi. 

Orang luar nak kata apa masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Kalau terlalu fikir kita tak akan nampak banyaknya nikmat yang Allah bagi untuk kita syukuri. Apa pun teruskan usaha dan doa.
SYUKUR DAN HARGAI APA YANG KITA ADA


INSYAALLAH KITA AKAN BAHAGIA 😘

#AisarHafiy #AimarHasif #DakKembo #DcdaTwin #AnakBertuah #GegulaHatiUmiAbi



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA terima kasih ya allah 4 tahun menunggu zuriat..akhirnya dapat sepasang..indahnya bersabar menunggu zuriat. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top