Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata, Russia dan Amerika Syarikat mungkin akan menyebabkan ‘perang dunia’ meletus, kecuali keamanan wujud di Syria.
Hubungan antara kedua-dua kuasa besar itu kini berada di tahap paling rendah sejak Perang Dingin berakhir, kerana konflik di Asia Barat.
Washington menuduh Moscow melakukan jenayah perang di rantau itu kerana tindakannya mengebom secara rambang hingga memusnahkan bandar Aleppo di Syria.
Numan memberi amaran, perang saudara yang berlaku di Syria sejak 2011 mungkin merebak menjadi konflik dunia.
Dia menyifatkan sengketa di negara itu sebagai ‘perang proksi’ antara dua negara berkenaan dengan masing-masing menyokong kumpulan bertentangan - Amerika Syarikat membantu kumpulan penentang sementara Russia menyokong diktator kejam, Bashar al-Assad.
Numan berkata, Bashar kini hanya ‘bidak’ dalam permainan perang antara Vladimir Putin dan Washington.
Dia menggesa supaya keamanan diwujudkan di negara itu, tetapi pada masa sama berkata, Bashar tidak ada tempat dalam masa depan Syria.
“Sekiranya perang proksi ini berterusan, Amerika Syarikat dn Russia pula akan terbabit secara langsung dalam peperangan,” kata Numan.
Putin enggan menjatuhkan Bashar, sebaliknya mengerahkan tenteranya ke rantau itu dalam usaha melindunginya daripada ancaman serangan udara Amerika Syarikat.
Presiden Barack Obama dijadual berunding dengan penasihat kanan tenteranya hari ini untuk memutuskan sama ada Washington akan meningkatkan kuasa tenteranya di Syria.
China, sekutu Russia, juga campur tangan minggu lalu dengan mengecop Amerika Syarikat sebagai ancaman sebenar kepada Moscow dan Beijing.
Seorang Menteri Jerman, Frank Walter Steinmeier baru-baru ini juga berkata, ancaman peperangan antara Amerika Syarikat dan Russia kini lebih berbahaya berbanding Perang Dingin.

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Tanda-Tanda Perang Dunia Ketiga Di antara Russia Dan Amerika Semakin Hampir. TOLONG SHARE...!