Subhanallah...Jenazah Bayi Bertukar Dari Wajah Asal Selepas Di Mandikan
Hurul Ain (Newborn 151 yang dilahirkan mati)
Sungguh bertuah wahai anak, lahirmu terus ke syurga,
Tanpa perlu melalui pancaroba dunia,
Dunia yang penuh tipu daya,
Dunia yang semakin tua,
Dunia yang sudah hampir penghujungnya.
Namanya Hurul Ain, bidadari bermata jeli, indah menawan. Sungguh saya melihat penuh keajaiban, ketika jenazah dibawa pulang ke rumah, saya berniat untuk menguruskan. Saya sediakan kain putih 3 lapis, kapas untuk alas pembaringan, air sudah ditakung dalam bath tab baby.
Tiba masa saya buka kain pembalut jenazah yang baru dikeluarkan dari peti sejuk mayat, saya merasa sangat kasihan. Saya tidak berupaya untuk mengangkat, apatah lagi untuk memandikan.
Putih melepak kulitnya, halus, lembut daging yang membalut tulang belulang. Saya tak sampai hati. Segera saya telefon pemandi jenazah lain, mohon pertolongan. Saya bawa ke masjid Kangkar Pulai, dan uruskan jenazah di sana. Mandi, kapan dan solat di masjid Kangkar Pulai kemudian dikuburkan di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai. Selamat dikebumikan pada 25 /09/2016 tiga hari selepas dilahirkan, 22/09/2016.
Sebaik jenazah dimandikan, kemudian diletakkan di atas kain kapan, keadaan jenazah bayi telah bertukar kelihatan berseri seri.
Putih rupawan. Lain dari wajah asal sebelum dimandikan. Bau juga telah bertukar menjadi segar harum. Bukan semata mata harum bau air mawar atau bau minyak wangi. Pintu syurga telah dibuka untuknya. Bau syurga sudah menyambutnya. Alangkah berbahagianya dia.
Pada ibunya saya berpesan, jika mahu bertemu anak mu ini, bertaubat nasuha, perbaiki amalmu, tingkatkan imanmu, bercita citalah mati dalam husnul khatimah. Air mata duka tidak perlu kau sia siakan kerana anakmu sudah berlari lari di taman taman syurga.
Kita? Sudah adakah Hurul Ain kita menunggu di sana?
Admin,
Ummi Muna liza binti Ismail.
Cerita Malay World
Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA Wajah Bayi Anak Luar Nikah Berubah Selepas Mandi Jenazah . TOLONG SHARE...!