Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Bekas Ketua Polis KL meninggal dunia

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Tan Sri Henry Chin, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pagi ini.

Mendiang yang meninggalkan isteri, Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien serta dua anak, dimasukkan ke PPUM petang kelmarin selepas mengalami srok sebelum disahkan meninggal pada jam 6.04 pagi.



Anak keduanya, Melissa Vhin Sui Yee, berkata keluarga mereka kini bersama bahagian kebajikan Polis Diraja Malaysia sedang menguruskan proses untuk membawa pulang mayat mendiang ke Kota Kinabalu, Sabah esok.

“Bapa saya menetap di Kota Kinabalu dan datang ke sini (Kuala Lumpur) untuk menghadiri satu mesyuarat pada Jumaat lalu sebelum dimasukkan ke PPUM,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Mendiang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 38 tahun sebelum bersara pada 1993.

Selepas persaraan, beliau terus aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dengan tumpuan kepada bidang pendidikan dan kebajikan.

Mendiang adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta aktif dalam Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). – BH Online



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Bekas Ketua Polis KL meninggal dunia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top