Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mohon Viralkan Budak Sekolah Ditipu Dan Dibuli Oleh Peniaga Cina Di Terminal One Polis Dan Kpdnkk Pandang Sebelah Mata

Budak Sekolah Ditipu Dan Dibuli Oleh Peniaga
Tarikh: 27 Oct 2016
Masa: 4 Petang
Tempat: Tingkat 2, Terminal One Shopping Centre Seremban

Peniaga berbangsa Cina menawarkan iphone 5s secondhand dengan harga sebanyak RM 500. Budak sekolah berbangsa Melayu (dan juga kawan kepada adik saya) tertarik dengan tawaran tersebut dan nego supaya mengurangkan harga sehingga sebanyak RM 400. Akhirnya peniaga tu pun setuju dengan harga tersebut. 

Sebelum barang dapat budak ni sudah pun buat pembayaran sebanyak RM 400. Selepas itu peniaga Cina tunjuk bil dan dalam bil peniaga tersebut tulis JUMLAH sebanyak RM 750. Apabila budak ni tanya jumlahnya kenapa jadi RM 750 maka peniaga tu jawab untuk software dikena caj sebanyak RM 350. 

Jadi budak ni pun tak nak beli iphone tersebut dan minta balik duit dia tetapi peniaga kurang ajar tu berkata ambil iphone 5s dengan membuat bayaran penuh atau ambil telefon pintar yang lain. Kalau nak duit peniaga itu berkata akan bagi RM 300 sahaja. Apabila kami pergi ke sana kami nampak peniaga itu gertak dan memaksa budak ni supaya beli iphone 5s itu dengan harga RM 750. Kesian tengok budak ni. Bukan budak ni sahaja jadi mangsa peniaga cina di Terminal One Seremban ni tapi ramai lagi. sumber Ashraf Abdul Malik



 Update :

Sape nak tahu apa motif saya tag dekat 50 org kat video budak kena tipu. Nak baca ni.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada yang berkomen negatif ini bukan macam kes curi kat Low Yat Plaza dan bukan juga isu perkauman. Saya orang MAMAK bukan Melayu. Di sini saya bersuara sebagai pengguna dan ingin tolong budak tu sebagai org Malaysia dan sebagai seorg muslim. Setahu saya ramai pernah report psal penipuan di terminal one ni dekat pdrm dan kpdnkk. Xpi penipuan ni x dpt dibndung. 

Peniaga ni dengan confident suh budak tu buat report kat polis. Apasal??? Ada sape2 fikir tak? Jadi saya viralkan video ni. Tujuan saya adalah memberi amaran kepada orang lain dan saya harap video ni pihak #kpdnkk akan tgk dan ambil tindakan. Bukan sy suruh pi gaduh dgn cina. ADA FAHAM? Kedua kepada yg marah budak ni utk mkluman kalian budak ni asalnya dr Johor dia belaja skolah asrama penuh kat Negeri Sembilan. Jdi dia tak tau penipuan kat terminal one ni.
Harap2 'KO' baca ni..... Ashraf Abdul Malik



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Mohon Viralkan Budak Sekolah Ditipu Dan Dibuli Oleh Peniaga Cina Di Terminal One Polis Dan Kpdnkk Pandang Sebelah Mata. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top