Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Najib Jual Aset Negara Kepada Negara China Dengan Harga Lelong

Komen seorang kawan Facebook yang berbunyi: “Lumayan???? Apakah setiap kali peri (pergi)… Ada saja benda nak dijual kepada mereka…Petikan di atas adalah jawapan beliau kepada tampalan saya mengenai mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai lawatannya ke China.


Dalam pesanan bertarikh 21 Oktober itu, Najib berkata: “Minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakan agar lawatan ini membawa kejayaan lumayan untuk negara kita.”Pengulas yang curiga terhadap apa yang Najib akan rundingkan di China itu adalah seorang pesara PDRM berpangkat pengarah di Bukit Aman.
Advertisements

Kenyataan pegawai polis pencen itu mewakili perasaan ramai rakyat jelata Malaysia yang sedar mengenai bahaya terlalu bergantung kepada China.Soalnya, tidakkah tindakan Najib seperti menggadaikan masa depan negara dan cucu cicit kita kepada China semata-mata kerana menimbus RM50 bilion hutang 1MDB?

Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, dua perkembangan besar telah berlaku.Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia.

Cai Zemin menyifatkannya sebagai “permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China.”Ingat tu – “koridor kereta api China” – yang akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Timur dan Asia Selatan.”

Seperti sesetengah orang telah sedia maklum, China Railway Group (CREC) dan rakan kongsinya, Inskandar Waterfront Berhad milik tauke Tan Sri Lim Kang Hoo kini memiliki 60 peratus saham syarikat yang akan memajukan Bandar Malaysia. Baki 40 peratus dipegang oleh 1BDB.

Kedua, pada 28 Oktober Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pandai daripada China.

Menurut agensi berita Reuters tampalan itu ditarik balik [KLIL SINI BACA – REUTERS] apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu.

Saya dimaklumkan ketika lawatan saya ke Jepun antara 10 dan 16 Oktober lalu yang kerajaan Jepun ingin menawarkan secara percuma bekas kapal pengawal pantainya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tapi kalau setakat membuat tawaran kepada APMM dan secara percuma mungkin susah berjaya sebab bila percuma tentulah tidak ada unsur komisen.

Dalam lawatan kali ini dia dipercayai akan cuba “menjual” beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.

Jual harga lelong


Sebelum Bandar Malaysia, 1MDB yang Najib sendiri asaskan dan menjadi pegawai nombor satunya (MO1 kata Datuk Abdul Rahman Dahlan) telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan “harga lelong” RM9.2 bilion.

Saya kata “harga lelong” sebab 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi.

Ikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 saja.

IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy, kepada China Nuclear tahun lalu.

Penjualan murah itu mencetuskan dua ramalan sensasi. Pertama 1MDB kesesakan wang dan sanggup tanggung kerugian dianggarkan RM3 bilion. Kedua RM3 bilion dibayar bawah meja bagi menyelesaikan sebahagian hutang 1MDB.

Tetapi 1MDB menafikannya. Ia berkata harga itu berpatutan kerana syarikat milik negara China tersebut turut mengambil alih hutang Edra.

Rancangan asal ialah menjual saham Edra untuk mengumpul modal tetapi dirasakan tidak “viable” apabila skandal 1MDB meledak.

Penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada China Railway Group (CREC) dan Iskandar Waterfront Berhad juga menjadi tanda tanya kerana ia bukanlah pembangunan teknologi tinggi yang kita tidak ada kepakaran.

Kita tidak mampu?

Pertanyaan timbul apakah kita memerlukan modal dan kepakaran China untuk membina Bandar Malaysia, bandar kita sendiri, sedangkan kita ada banyak syarikat tempatan seperti Sime Darby, SP Setia, MRCB dan Boustead yang telah berjaya membina projek seperti itu atau lebih besar?

Kalau Sime Darby, SP Setia dan KWSP mampu membangunkan bandar orang putih di tapak kilang penjana elektrik Battersea di London adakah mereka tidak berdaya memajukan Bandar Malaysia?

Siapakah yang memajukan KL Sentral kalau bukan MRCB dan Kompleks Menara Kembar Petronas kalau bukan Petronas sendiri?

Apakah syarikat kita tidak ada modal sehingga perlu bergantung kepada China?

Siapakah yang meminjamkan modal kepada 1MDB untuk membeli tapak Bandar Malaysia dan TRX daripada kerajaan kalau bukan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Tahung Haji, KWSP dan KWAP?

Apakah Tabung Haji, KSWP, PNB dan LTAT disuruh berpakat memajukan Bandar Malaysia menggunakan modal dan kepakaran tempatan?

Bukankan memberangsang bagi anggota dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau LTAT turut terbabit memajukan Bandar Malaysia kerana tapak itu dulunya milik TUDM?

Mengapa China?


Adakah kerana China ada modal dan kita telah kemuflisan modal?

Adakah kerana China ada kepakaran tetapi kita ketandusan kepakaran?

Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib ekoran skandal global 1MDB?

Atau ada udang lobster gergasi di sebalik batu karang dalam penjualan aset negara kepada negeri China?

Seperkara lagi kalau kita tidak buta sejarah dan tidak buta politik, kita tentu sudah lama nampak bahawa China hari ini bukan China pada tahun 1405.

Pada tahun 1405 hingga 1433, Laksamana Zheng He atau lebih kita kenali sebagai Cheng Ho mengepalai armada China ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan barat Afrika dalam misi tinjauan dan persahabatan.

Hari ini armada Tentera Rakyat China melayari Laut China Selatan dan Utara bagi menunjuk kekuatan dan memperluas tuntutan.

Kalau kita ada otak, kita perlu berasa bimbang dengan hegemoni baru China ini. Lihat bagaimana “politik” China sedang mengganggu gugat konsensus Asean dan dasar berkecualinya!

Atau Najib secara sedar atau tidak sedang mematikan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata bukan China mendomasi kita dengan wang ringgit.

Aneh, di saat orang Umno dipropagandakan supaya takut dan benci kepada Cina DAP, presiden mereka sendiri sangat intim dengan negeri China sehingga menyerahkan projek strategik (kereta api dan kawalan laut) dan ikonik (Bandar Malaysia) kepada syarikat milik pemerintah China.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya The Scribe. – Foto oleh The Malaysian Times


sumber artikel: malaysiastylonews.com

dikongsi:malaysianewsss.blogspot.my






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Najib Jual Aset Negara Kepada Negara China Dengan Harga Lelong. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top