Mangsa berusia 25 tahun itu ditemui bapanya jam 4.15 petang ketika mengintai menerusi tingkap rumah lelaki itu. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad, berkata mangsa dikatakan mengalami tekanan perasaan selepas bercerai manakala bekas isterinya dipercayai pulang ke pangkuan keluarga di Tanah Merah.
Difahamkan, mangsa ingin membincangkan masalah berkenaan dengan bapanya. "Apabila dia tidak muncul, bapanya menjenguk anaknya itu di rumahnya sebelum melihat mangsa tergantung dengan dililit kabel elektrik di ruang tamu," katanya di sini, hari ini.
Abdul Rozak berkata, ketika anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh tiba, mayat mangsa berada di ruang tamu selepas tali kabel dipotong bapanya. "Bapa mangsa mendapatkan khidmat Pembantu Perubatan dari Klinik Kesihatan Selising tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, untuk bedah siasat.
Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Kecewa Lafaz Talak Tiga Terhadap Isteri, Suami Gantung Diri Sampai Mati. TOLONG SHARE...!