Berita baik untuk kakitangan kerajaan negeri dan anak-anak syarikat Penang dan Selangor bila difahamkan kerajaan negeri masing-masing pimpinan PKR dan DAP, akan membayar bonus kepada mereka sebanyak 4 bulan gaji tahun depan.
Ini adalah kenaikan sekali ganda berbanding 1 1/2 bulan gaji yang dibayar kepada kakitangan kerajaan negeri Selangor tahun ini (sebelum sambutan hari raya yang lepas). Sementara kerajaan negeri Penang membayar 3/4 dari gaji pokok sebagai bonus untuk kakitangan awamnya atau minimum sebanyak RM 700.
Menunjukan prestasi kerajaan negeri adalah baik sehingga mampu membayar bonus kepada kakitangannya. Sekalipun prestasi kewangan negara agak tenat – melihat kepada bajet 2017 yang dibentangkan Najib Jumaat lepas, tapi kerajaan negeri mencatat prestasi kewangan terbaik dan mampu membayar bonus yang banyak.
Untuk makluman, kerajaan pusat hanya mampu memberi RM 500 sahaja kepada kakitangannya dan RM 250 kepada pesara. Itupun bukan dipanggil bonus, sebaliknya pemberian khas. Miskin…
Diharapkan, keputusan kerajaan negeri ini dapat diikuti oleh syarikat-syarikat swasta dalam negeri Penang dan Selangor juga.
Tidak ada maknanya kalau hanya kerajaan negeri saja yang mampu membayar bonus berbulan-bulan tapi pihak swasta tidak mengikut kerana kesannya tidak dirasai di seluruh negeri.

Labels:
politik
TERIMA KASIH SUDI BACA Selepas Umumkan Gaji Minima RM1500, Kerajaan Pulau Pinang Dan Selangor Bakal Beri Bonus 4 Bulan Gaji . TOLONG SHARE...!