Seorang lelaki yang dituduh merogol tidak mungkin melakukan kesalahan itu kerana perutnya terlalu gendut dan kemaluannya pula “tersangat kecil,” hujah peguamnya.
Peguam tertuduh Jacques Rouschop memberitahu mahkamah Ottawa, warga Kanada itu tidak merogol dan mencekik dua pekerja seks kerana beliau menghidap penyakit hernia.
Penyakit itu menyebabkan “terlalu sakit untuknya mengadakan hubungan seks dari belakang, perutnya terlalu besar dan kemaluannya tersangat kecil,” kata peguamnya Natasha Calvinho.
Seorang jururawat bertauliah, sebagai saksi, yang memeriksa Rouschop memberi keterangan, pinggang lelaki itu 66 inci (167.6cm), paha 31 inci (78.7 cm) dan zakarnya seinci (2.5cm).
Jika tegang, saiznya hanya dua inci (5.1cm), lapor portal The Independent semalam yang memetik sumber portal tempatan Ottawa Citizen.
Berat badannya tidak dapat disahkan kerana alat penimbang di penjara hanya mampu mengukur sehingga 320 pound (145kg). Juri juga ditunjukkan foto-foto lelaki itu dalam keadaan bogel.
Mangsa mendakwa Rouschop menyerang ganas dan mencekik mereka sehingga pengsan di tempat duduk belakang trak pikapnya di parkir di sebuah kawasan perindustrian pada 2013.
Mengakui anak guamnya banyak rekod jenayah sehingga digambarkan “kerjayanya sebagai pencuri,” Calvinho berhujah mustahil lelaki itu bertindak ganas.
“Disebabkan berat badannya — sekitar 400 pound (181kg) pada masa kejadian — dan penampilannya, jelas sekali beliau sukar menarik perhatian wanita, apatah lagi melakukan seks,” kata peguam wanita itu lagi.
“Walau tidak menarik fizikalnya, tertuduh masih ada naluri — naluri seks. Dan dia mencari khidmat pekerja seks.”
Malah, hujahnya lagi, anak guamnya mengambil berat terhadap seorang pekerja seks yang didakwa menjadi mangsa serangannya.
“Beliau ambil berat tentang wanita itu. Dia membawa wanita itu ke rumah untuk bermalam dan makan bersama ibunya.”

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Tidak Mungkin Anak Guam Saya Perogol Dan Melakukan Seks Ganas Kerana Saiz Zakarnya Hanya 1 Inci -peguam. TOLONG SHARE...!