Rasanya hampir lebih 6 tahun anjing ini menumpang teduh di kawasan
rumah. Dulu.. semasa Sara masih bayi, bila ku berjalan menyorong Sara
didalam stroller pagi dan petang... anjing ini setia menemani. Berjalan
mengiringi kami, seolah kami ini tuannya..
Anjing ini sedar dirinya... walaupun mengiringi kami dia tidak sekali sekali akan menyentuh kami dan apa lagi bermanja dan meminta untuk dibelai... dia masih tahu batasannya..
Kadang di ketika hujan, dia kebasahan
dan menumpang teduh di rumah.. ku serba salah nanti bulunya basah, dan
menjadi najis pula pada kami.. ku pandang wajahnya.. dia mengerti
pandanganku itu.. dia pun berlalu pergi dalam hujan yang lebat mencari
tempat berteduh.. habis basah kuyup bulunya..
Ku cuma mampu berdoa didalam hati supaya anjing itu dapat berteduh ditempat yang sesuai. Semoga anjing itu selamat.. Satu hari, anjing itu datang beteduh, jalan berdincit dincit, Allah, kaki belakangnya cedera, entah luka, entahkan patah.. memandang sayu ke wajahku seperti ingin mengadu kesakitannya...
Luluh hatiku... air mata bergenang, Allah.. apa yang harus ku lakukan? Bagaimana harus ku rawat anjing ini? Kalau kucing boleh juga ku bawa ke klinik, ini anjing, saiznya besar, anjing dewasa yang besar. Mana mungkin aku boleh membawanya didalam kereta untuk dibawa ke klinik...
Beberapa hari kemudian, lama juga tidak ku lihat bayang bayangnya.. terdetik dalam hati kecilku, mana anjing itu? Dah mati kah? Ada kesedihan dihati.. ternampak nampak dimata renungan anjing itu, melihat ke dalam matanya.. pandangannya yang redup. Dan seolah minta dikasihani.. Yang pelik tu, kenapa rumahku? Kenapa dalam banyak banyak kawasan perjiranan ini dan rata rata berbangsa Cina dan tidak ada pantang memelihara anjing, rumahku juga yang menjadi pilihan?
Satu hari, ku ingin menghantar anak sekolah, dah terlambat, ku kelam kabut, tergesa gesa, ketika mengundur kereta ke belakang. Entah macam mana aku boleh terlupa memandang ke belakang. Tak semena mena anjing itu berlari sambil menyalak, aku terperanjat dan berhenti..Allahada kereta yang sedang laju di belakang keretaku. Syukur aku berhenti, kalau tidak entah apa yang terjadi...
Allah, anjing itu cuba menyelamatkan ku rupanya.. Syukur Alhamdulillah.. terima kasih anjing... hatiku sebak..
Anjing itu masih setia menunggu di depan rumah, kelihatan bulunya mulai gugur, bersama kepingan kurap yang telah jatuh apabila dia menggaru. Allah kasihannya, pasti gatal. Tadi, selepas jemput Sara dari sekolah, ku singgah di Pet Shop untuk membeli makanan kucing, sempat juga ku bertanyakan kepada pekerja disitu apakah ubat yang sesuai diberikan untuk anjing yang ditumbuhi kurap?
Ada sedikit rezeki, ku belikan juga makanannya bersama ubat gatal untuk dicampur didalam makanannya.
Sekejapan habis makanannya. Sebelum dia pergi, dia memandang sayu ke wajahku.. seperti ingin mengucapkan terima kasih. Ada seekor lagi anjing yang bersaiz besar, bulunya lebat, manja dan tidak bertuan, memang cantik. Jiran Cina dirumah sering membelai dan berikan makanan, kadang kadang dipeluk dan diberi tempat berteduh. Tapi apabila anjing yang kurus dan berkurap itu datang meminta sedikit makanan, ia dihalau dan dihambat dengan penyapu... ku pandang dari jauh... kasihannya.
Entahlah.. kenapa aku terpanggil untuk menulis coretan ini, sekadar ingin berkongsi luahan rasa. Walaupun dia adalah anjing tapi dia juga adalah makhluk Allah, masih ada rasa sayangku pada dia. Walau tidak pernah dibelai walau tidak pernah diucap.. hati ini tetap merasa..Semoga dirimu selamat dan diberi kesihatan yang baik..-Pn Zamzam Khan
Anjing ini sedar dirinya... walaupun mengiringi kami dia tidak sekali sekali akan menyentuh kami dan apa lagi bermanja dan meminta untuk dibelai... dia masih tahu batasannya..
Ku cuma mampu berdoa didalam hati supaya anjing itu dapat berteduh ditempat yang sesuai. Semoga anjing itu selamat.. Satu hari, anjing itu datang beteduh, jalan berdincit dincit, Allah, kaki belakangnya cedera, entah luka, entahkan patah.. memandang sayu ke wajahku seperti ingin mengadu kesakitannya...
Luluh hatiku... air mata bergenang, Allah.. apa yang harus ku lakukan? Bagaimana harus ku rawat anjing ini? Kalau kucing boleh juga ku bawa ke klinik, ini anjing, saiznya besar, anjing dewasa yang besar. Mana mungkin aku boleh membawanya didalam kereta untuk dibawa ke klinik...
Beberapa hari kemudian, lama juga tidak ku lihat bayang bayangnya.. terdetik dalam hati kecilku, mana anjing itu? Dah mati kah? Ada kesedihan dihati.. ternampak nampak dimata renungan anjing itu, melihat ke dalam matanya.. pandangannya yang redup. Dan seolah minta dikasihani.. Yang pelik tu, kenapa rumahku? Kenapa dalam banyak banyak kawasan perjiranan ini dan rata rata berbangsa Cina dan tidak ada pantang memelihara anjing, rumahku juga yang menjadi pilihan?
Satu hari, ku ingin menghantar anak sekolah, dah terlambat, ku kelam kabut, tergesa gesa, ketika mengundur kereta ke belakang. Entah macam mana aku boleh terlupa memandang ke belakang. Tak semena mena anjing itu berlari sambil menyalak, aku terperanjat dan berhenti..Allahada kereta yang sedang laju di belakang keretaku. Syukur aku berhenti, kalau tidak entah apa yang terjadi...
Allah, anjing itu cuba menyelamatkan ku rupanya.. Syukur Alhamdulillah..
Anjing itu masih setia menunggu di depan rumah, kelihatan bulunya mulai gugur, bersama kepingan kurap yang telah jatuh apabila dia menggaru. Allah kasihannya, pasti gatal. Tadi, selepas jemput Sara dari sekolah, ku singgah di Pet Shop untuk membeli makanan kucing, sempat juga ku bertanyakan kepada pekerja disitu apakah ubat yang sesuai diberikan untuk anjing yang ditumbuhi kurap?
Ada sedikit rezeki, ku belikan juga makanannya bersama ubat gatal untuk dicampur didalam makanannya.
Sekejapan habis makanannya. Sebelum dia pergi, dia memandang sayu ke wajahku.. seperti ingin mengucapkan terima kasih. Ada seekor lagi anjing yang bersaiz besar, bulunya lebat, manja dan tidak bertuan, memang cantik. Jiran Cina dirumah sering membelai dan berikan makanan, kadang kadang dipeluk dan diberi tempat berteduh. Tapi apabila anjing yang kurus dan berkurap itu datang meminta sedikit makanan, ia dihalau dan dihambat dengan penyapu... ku pandang dari jauh... kasihannya.
Entahlah.. kenapa aku terpanggil untuk menulis coretan ini, sekadar ingin berkongsi luahan rasa. Walaupun dia adalah anjing tapi dia juga adalah makhluk Allah, masih ada rasa sayangku pada dia. Walau tidak pernah dibelai walau tidak pernah diucap.. hati ini tetap merasa..Semoga dirimu selamat dan diberi kesihatan yang baik..-Pn Zamzam Khan
host by :malaysianewsss.blogspot.my
Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang Bapa Tak Sangka Selepas Biarkan Anjing Kurap Berteduh Di Rumahnya Selama Beberapa Hari Lihat Apa Yang Berlaku . TOLONG SHARE...!