'Dapat Housemate Cantik Tapi Pengotor'
Oleh Yuri
Hello semua, ini aku nak cerita tentang budak-budak rumah sewa aku. Nama aku Yuri, bukan nak berlagak tetapi aku berasal dari anak orang berada. Aku tak pernah pegang penyapu, mop dan pakaian kotor. Kiranya aku tak pernah buat kerja rumah sebab ada bibik.
Bila aku mula pandai buat kerja rumah? Bila aku tengok roomate aku bangun awal setiap pagi di hujung minggu untuk mengemas rumah. Aku bukan tak nak tolong tetapi aku tak reti. Kalau bilik air kotor sangat, aku panggil bibik datang cucikan. Punyalah berlagak kan. Jadi, bila tengok roomate aku tengah kemas rumah, aku pun tergerak hati nak tolong bersama. Jadi, terima kasihlah kepada roomate aku yang ajar aku cara menggunakan mop, penyapu dan lain-lain.
Bila aku dah bekerja, aku duduk di rumah sewa. Dapat housemate yang okay pada pandangan mata tetapi Allah saja yang tahu betapa pemalasnya dua orang housemate aku ini yang bernama Ainur dan Berry. Selama dua minggu aku duduk di rumah ini, tak pernah dengar aktiviti berus memberus. Patutlah bilik air kotor nak mampos. Aku cari berus, jangan kata berus, sabun dan klorox pun tak jumpa. Berkira sangat nak membeli.
Aku pun belilah barang-barang rumah. Cuci-cuci sampai berkilat. Boleh dikatakan aku cuci bilik air dan tandas setiap dua minggu. Ainur cuci sekali sekala saja. Itu pun kalau dia rasa dia nak buat.
Selepas dua tahun, Berry nak pindah dan ada budak baru bernama Fatin menggantikan tempat dia. Dua tahun juga aku cuci bilik air itu seorang-seorang. Jadi, aku buat jadual kemaskan rumah.
Minggu pertama dimulakan dengan aku. Kedua dan ketiga, tiada siapa yang cuci. Babun betul! Macam mana si Fatin dengan Ainur mandi? Tak rasa geli ke?
Aku dah tanya si Fatin kenapa tak cuci bilik air. Sibuk pula katanya. Lupa dia kerani yang keluar rumah paling lambat tapi balik rumah paling awal antara kami. Akhirnya Fatin cuci juga bilik air itu. Bilik air sajalah, tandas yang tempat dia melabur hari-hari tak pula dibasuh. Itu pun cuci bilik air sekadar biasa sahaja.
Si Ainur pantang ditegur kerana dia paling tua antara kami. Jadi aku malas nak tegur. Dia pula asyik bertanya kenapa diri dia tak kahwin lagi tetapi tak nak pula tanya diri dia sendiri bila dia nak basuh bilik air dan tandas?
Kenapa aku mentioned aku anak orang berada? Sebab sebelum aku nak cop korang pemalas, aku selidiklah, bimbang korang ini anak orang kaya macam aku yang memang tidak pernah pegang penyapu. Cit! Rupanya tak. Bila ditanya siapa yang kemas rumah mereka selama ini, selamba saja beritahu mak diorang yang cuci.
FACEPALM!
Aku sejak dah pandai mengemas, bibik aku jadi inspector kebersihan saja di rumah aku.
Ainur dengan Fatin ini cantik sangat dan lemah lembut orangnya berbanding dengan diri aku yang gemuk. Bilik mereka kemas saja, pandai susun atur berbanding bilik aku bersepah. Tetapi kenapa mereka berdua ini tak pernah terfikir nak cuci bilik air? Aku boleh tolerate dengan orang yang bersepah tetapi bukan pengotor.
Oh satu lagi, rambut perempuan ini cepat gugur. Jadi setiap kali aku mandi, aku naik geli bila tengok rambut tersangkut di lubang air. Geli-geli aku, masih juga buang rambut mereka.
Dua tahun itulah rutin mandi aku sampai aku fed up. Mereka yang ada akal itu tak pernah terfikir,
"Eh, rambut-rambut ini mana hilang eh?"
"Rambut aku gugur banyaklah, tapi siapa kutip eh?"
Ada satu hari aku bercuti dua minggu. Bila balik rumah sewa, rasa nak muntah sebab rambut tutup habis lubang air. Terpaksa letak plastik dan cakap dengan housemate aku suruh buang rambut yang gugur itu dalam plastik. Sekali ketuk sekali jalan. Eee!
Itu belum lagi kapas muka yang mereka gunakan untuk bersihkan muka, kemudian tinggalkan di sinki bilik air. Ya Allah, kapas itu kembang okay! Geli weh geli! Nasib dah kena sound setepek sebelum ini. Yang itu memang aku mengamuk sebab perangai dari Yahudi mabuk mana buang kapas tepi sinki.
Kawan-kawan aku cadangkan aku sound setepek sebab aku ada kebolehan untuk sound orang. Tetapi bagi aku, Ainur dengan Fatin ini sudah layak dipanggil mak orang dah. Jadi tak perlu aku nak sound macam aku sound budak-budak di tempat kerja aku. Alasan yang selalu mereka guna, mereka sibuk. Ya, kerani memang sibuk dan aku faham sangat sebab dalam dunia ini ada 30 juta engineer yang mengurangkan kerja aku.
Kepada lelaki-lelaki yang nak mencari isteri itu, tak perlulah tengok perempuan itu jenis kemas dan meja tak bersepah, atau menyangka perempuan lemah lembut itu pembersih orangnya bagai. Mungkin dia tak suka bersepah dan pembersih tetapi tukang bersih rumah bukan dia. - The Reporter
http://www.thereporter.my
Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA "Eh, rambut-rambut ini mana hilang eh?" "Rambut aku gugur banyaklah, tapi siapa kutip eh?". TOLONG SHARE...!