Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

suami dayus aibkan tubuh badan isteri untuk tontonan jiran selama 15 minit


15 Minit Isteri Dibiarkan Bogel Di Hadapan Rumah


KOTA BHARU - Seorang wanita terpaksa menanggung malu apabila dia dibogelkan di hadapan rumahnya oleh suaminya sendiri, dalam kejadian 24 Jun lalu.

Lapor Sinar Harian, mangsa yang berusia 31 tahun itu dibogelkan di hadapan jiran tetangga di Ketereh, turut mengalami lebam di bahagian paha dan lengan serta bengkak di muka dan dahi kerana dipukul oleh suaminya, 50, yang panas baran pada jam 5.30 petang.

Menurut ibu kepada anak berusia 3 tahun itu, dia baru saja selesai mandi dan tiba-tiba suaminya berang bertindak mengoyakkan baju
serta mengheretnya ke hadapan rumah dalam keadaan tanpa seurat benang.

"Saya memeluk kakinya, menyembahnya, merayu bagai tetapi dia tetap membiarkan saya di luar rumah dalam keadaan yang memalukan itu selama 15 minit.

"Ada jiran-jiran dan orang ramai yang lalu lalang di hadapan rumah melihat saya dihina sedemikian. Mereka hanya melihat kejadian yang menimpa saya tetapi takut untuk membantu," katanya.

Menurut mangsa, sebelum ini dia kerap dipukul oleh suami semenjak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu, menyebabkan dia trauma dengan penyeksaan itu.

"Terbaru, saya dipukul dengan teruk hanya kerana menukar namanya dalam telefon bimbit daripada suami kepada nama panggilan sahaja. Selepas kejadian itu, saya nekad membuat laporan polis kerana bimbang perkara yang lebih buruk berlaku.

"Dia seorang yang bertanggungjawab dari segi perbelanjaan rumah dan menyayangi anak. Tetapi panas barannya bertambah selepas berkahwin dengan seorang wanita lain, baru-baru ini.

"Saya sedar saya hanya seorang suri rumah yang tidak berpelajaran, tidak berharta, susah selain hidup sebatang kara. Namun tidak wajar saya menjadi mangsa pukul.

"Jangan fikir apabila cukup memberi nafkah, suami boleh memperlakukan sesuka hati pada isteri. Hingga saat ini saya sangat trauma dengan kejadian yang menimpa diri," katanya. - PIXEL MEDIA

http://www.thereporter.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA suami dayus aibkan tubuh badan isteri untuk tontonan jiran selama 15 minit. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top