Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

diikat dan dikurung hampir empat jam di dalam tandas

Kota Bharu: Seorang pengawal keselamatan berusia lingkungan 50-an berdepan detik cemas apabila diikat dan dikurung hampir empat jam di dalam tandas dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Tunjung, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau serta cota turut melarikan dua peti besi, rokok dan dekoder kamera litar tertutup (CCTV) yang dianggarkan bernilai RM200,000.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kumpulan penjenayah itu dipercayai menceroboh premis menerusi pagar yang dipotong di sebelah kiri stesen minyak berkenaan.

Katanya, mereka kemudian menyerang pengawal keselamatan dan mengikat serta menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum dikurung di dalam tandas.

“Suspek kemudian masuk ke dalam stesen minyak itu dan mengambil peti besi mengandungi wang tunai, rokok dan dekoder CCTV sebelum melarikan diri.

“Mangsa hanya ditemui oleh pekerja stesen minyak itu jam 6.30 pagi,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Ab Rahman berkata, beliau tidak menolak kes berkenaan mempunyai kaitan dengan kes samun di stesen minyak di Melor dan Jelawat, baru-baru ini, berikutan modus operandi yang hampir sama.

“Taktik mereka menyerang dan mengikat pengawal keselamatan kelihatan sama seperti kes samun di dua stesen minyak itu.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha memburu suspek giat dilakukan,” katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA diikat dan dikurung hampir empat jam di dalam tandas. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top