Beranda »
Tanpa Label »
Punca Kanser Payudara Dan Kaedah Rawatan Yang Perlu Kaum Wanita Ketahui
Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser
payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan
merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti
kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.
Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua
jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia
bermula di dalam kelenjar atau duktus.
Kanser payudara
meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan
wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian
akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di
kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko
mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal
dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.
Pengelasan Kanser Payudara
Kanser
payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain.
Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu
punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor,
kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel
bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau
membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan
metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan
terpencil di dalam badan.
Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan
gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang
panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau
gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada
gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal.
Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak
akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh
limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur
kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.
Gumpulan
mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan
bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit
payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting
mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai
lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma
tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning,
gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda
atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum
wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa
sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.
Peringkat Kanser Payudara
Untuk
mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau
MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel
atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser
di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser
payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ
atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar
payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada
pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.
Peringkat I
merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran
melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana
ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5
sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi
telah merebak ke nodus limfa ketiak.
Peringkat III ialah di mana
ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak
ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus
limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam
tulang selangka atau tulang dada.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
Kaedah Rawatan
Rawatan
bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat
beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy
(dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara
pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir,
seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.Unknown05:55:00AdminBandung Indonesia

seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.