Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

“Walaupun diejek rakan-rakan tapi tak pernah sampai bergaduh sebab saya pun disenangi rakan lain.-Mahmad Pas


KUALA NERANG – Pengaruh politik Pas yang sangat kuat dan majoriti penduduk memilih parti itu sebagai wadah perjuangan menyebabkan nama seorang lelaki ini dipilih.

Mahmad Pas Mad Arshad, 58, dari Kampung Lubuk Perung berkata, namanya itu diberi oleh bapa angkatnya yang merupakan seorang ulama, Haji Ibrahim Haji Hashim yang terkenal di Padang Terap.

“Dulu politik di sini sangat kuat. Dengan semangat itulah bapa angkat saya ambil nama Pas untuk saya dan turut dipersetujui oleh ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, semasa di alam persekolahan terutamanya di peringkat menengah memang ada rakan-rakan yang mengejek namanya itu tetapi dia mengambil sikap terbuka dan menganggap sebagai gurauan sahaja.

“Walaupun diejek rakan-rakan tapi tak pernah sampai bergaduh sebab saya pun disenangi rakan lain.


“Malah pernah ada kawan laungkan nama saya dengan ‘hidup Pas, hidup Pas, hidup Pas’. Ini kebanggaan buat diri saya walaupun sukar dapat nama seperti itu,” katanya.

Walau bagaimanapun hasrat anak penoreh getah ini untuk memohon bekerja dalam penjawat awam tidak berjaya gara-gara namanya yang dikatakan daripada kalangan penyokong Pas.

“Banyak jawatan saya pohon antara polis dan pembantu pejabat di beberapa agensi kerajaan tetapi kerana masalah birokrasi, saya gagal dapat sebarang jawatan,” katanya.

Katanya, selepas gagal memohon sebarang jawatan di Kedah, dia pergi ke Klang, Selangor dan tinggal bersama saudara di sana.

“Di sana saya mohon kerja melalui Operasi Jawatan Penuh yang dilancarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengisi kekosongan.

“Selepas itu saya dipanggil untuk ditemu duga pelbagai agensi kerajaan tetapi masih tidak berjaya. Malah penemu duga turut senyum melihat nama saya.” katanya.

Tambahnya, permohonannya untuk memiliki rumah projek di bawah kerajaan juga terganggu gara-gara nama yang dimilikinya.

“Saya terpaksa mohon sebanyak tiga kali melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) walaupun pada masa itu segala syarat dah dipenuhi.

“Jawapannya sangat mendukacitakan hinggalah saya sanggup berjumpa terus dengan pegawai daerah pada masa itu. Akhirnya permohonan saya diterima dan terima kasih kepada mereka yang prihatin,” katanya.

Mahmad berkata, dia kecewa dengan budaya politik di negara ini berbanding dengan politik di barat yang lebih bersifat terbuka.

“Walau apa nama sekali pun, saya tetap rakyat Malaysia dan berhak serta layak mendapat pekerjaan dengan sijil pelajaran yang saya miliki pada masa itu.

“Boleh dikatakan ramai kawan yang memiliki SPM pada masa itu berjaya mendapat pekerjaan bagi memenuhi jawatan kosong,” katanya. – Sinar Harian



http://www.malaysiadreamnews.com/13250/tidak-dapat-pekerjaaan-kerana-bernama-mahmad-pas/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA “Walaupun diejek rakan-rakan tapi tak pernah sampai bergaduh sebab saya pun disenangi rakan lain.-Mahmad Pas. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top