KIM Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Kong Un memberitahu pegawai perubatan sebelum meninggal dunia yang dia disembur dengan cecair beracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Ini bukanlah kes pertama penggunaan racun bagi pembunuhan dan pelbagai jenis racun dan bahan kimia pernah diguna sebelum ini dalam beberapa kes pembunuhan di seluruh dunia.
Contohnya, Ricin yang didapati secara semula jadi dalam benih tumbuhan minyak kastor dan talium (racun tikus) amat terkenal bagi kaedah untuk membunuh.
Arsenik pula menyebabkan kematian perlahan-lahan manakala ‘strychnine’ menyebabkan kekejangan badan sehingga sistem pernafasan mangsa gagal.
Pakar forensik dan penasihat kepada Kementerian Kehakiman Thailand, Portnip Rojanasuna berkata, sianida atau ‘cyanide’ adalah pembunuh paling cepat dan mudah dikesan.
“Patologinya dapat dilihat di seluruh badan,” katanya.
Antara tanda keracunan sianida termasuk “darah merah cerah” mangsa ketika bedah siasat, katanya.
Bahan kimia lain seperti kalium boleh menyebabkan “arytmia jantung keterlaluan... dan boleh cepat menyebabkan serangan jantung.”
Sementara itu, racun berindak perlahan membolehkan penyerang melepaskan diri dari lokasi kejadian tanpa dikesan.
Bagaimanapun, bahan kimia ini tidak mudah disimpan atau dikendalikan dan mungkin menyebabkan sisa yang sedan dikesan, dihidu atau warna yang menyebabkan ia susah disembunyikan, katanya.
Berikut adalah kes pembunuhan atau cubaan bunuh lain membabitkan kimia atau racun.
Alexander Litvinenko
Bekas perisik Russia ini dihidangkan teh mengandungi dos maut dpolonium-210 di hotel di London pada 1 November 2006. Litvinenko meninggal dunia tiga minggu kemudian akibat ‘sindrom radiasi akut.’
Pada Januari 2016, hakim Britain berkata, kemungkinan besar Presiden Russia meluluskan pelan agensi keselamatan Russia, FSB untuk membunuh Litvinenko yang mengkritik Kremlin dari Britain.
Sebelum meninggal dunia, Litvinenko turut mendakwa diracun atas arahan Putin. Namun, tiada siapa yang dibicarakan atas pembunuhan ini dan hubungan Russia dan Britain tegang bertahun-tahun akibat kejadian ini.
Victor Yushcenko
Calon presiden Ukraine ketika itu, Yushchenko jatuh sakit akibat racunan dioksin yang teruk pada September 2004 yang menghalangnya daripada berkempen untuk beberapa minggu dan menyebabkan mukanya berlekak-lekuk. Namun, Yushcenko berjaya memenangi pilihan raya itu berdasarkan sokongan popular yang dikebali sebagai Revolusi Oren. Pada Oktober 2005, insiden itu diisytiharkan sebagan ‘cubaan membunuh’ oleh Pendakwa Raya Ukraine, Svyatoslav Piskun.
Georgi Markov
Markov menunggu bas di Jambatan Waterloo di London pada September 1975 apabila dicucuk di peha dengan hujung payung yang beracun ketika Perang Dingin. Wartawan dan pengkritik rejim komunis Bulgaria meninggal dunia empat hari selepas itu. Selepas kematiannya, saintis kerajaan Britain mendapat tahu payung itu digunakan untuk menyuntik gentelan ricin ke dalam kaki Markov. Walaupun tiada siapa yang didakwa berhubung kes ini, ramai mengesyaki penglibatan KGB dan polis rahsia Bulgaria.
http://www.hmetro.com.my/node/206598
Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Ini bukanlah kes pertama penggunaan racun bagi pembunuhan dan pelbagai jenis racun . TOLONG SHARE...!