Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Jika Pembangkang Menang PRU 14 Perdana Menteri Akan Dipilih Di Kalangan Orang Melayu Bukan DAP

Kerajaan Malaysia tetap diketuai pemimpin Melayu walaupun Umno kalah dalam pilihan raya, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP, mereka bersetuju bahawa perdana menteri Malaysia mestilah orang Melayu dan bukan daripada parti DAP,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Malaysiakini.

Justeru itu menurut beliau, tidak ada sebab untuk orang Melayu takut kedudukan mereka terancam jika Umno kalah dalam pilihan raya umum.

“DAP tidak akan dapat mengalahkan Umno. Yang akan mengalahkan Umno ialah parti-parti yang dipimpin oleh orang Melayu iaitu BERSATU, PAS, PKR dan AMANAH,” katanya.

Bekas timbalan perdana menteri itu membuat kenyataan hari ini sebagai membidas ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-70 yang berakhir semalam.

Dalam ucapannya – serta perwakilan lain – Umno menyifatkan hak dan keistimewaan orang Melayu akan terhakis sekiranya pembangkang berkuasa.

Jelas Muhyiddin, tindakan Najib dan penyokongnya memainkan sentimen kebencian terhadap DAP untuk menakut-nakutkan Melayu menunjukkan mereka semakin gelisah apabila pengundi kini mempunyai alternatif lebih baik dan meyakinkan berbanding Umno.

Sementara itu, beliau turut membidas objektif PAU tahun ini lari dari objektifnya berbanding perhimpunan terdahulu.

“Sepanjang ingatan saya, Perhimpunan Agung Umno adalah tempat untuk presiden membicarakan hal-hal berkaitan kedudukan orang Melayu, agama Islam, masa depan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

“Tetapi kali ini lain sekali nadanya. Presiden Umno menuntut seluruh ahli berbaiah dan memberi walak kepadanya secara membuta tuli dan tanpa soal.

“Kononnya itulah tradisi di dalam Umno dan amalan orang Melayu yang kuat pegangannya kepada Islam,” jelasnya.

Najib dalam ucapan pembukaan PAU Khamis lalu mengingatkan barisan perwakilan supaya memberi kesetiaan sepenuhnya kepada pemimpin Umno.

Selain itu, perwakilan dan pemimpin yang berucap pada PAU kali ini juga menyuarakan kesetiaan mereka kepada Najib sebagai presiden mereka.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Jika Pembangkang Menang PRU 14 Perdana Menteri Akan Dipilih Di Kalangan Orang Melayu Bukan DAP . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top