Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pasangan Pelajar Tingkatan 2 Ditemui Hanya Berseluar Dalam Di bilik kebudayaan sekolah Dipercayai Selepas Melakukan Perkara Tak Senonoh

Sepasang Remaja 14 tahun melakukan Muqadimmah Zina

Selepas tamat waktu bertugas, anak balik rumah bercerita, hari ini menerima kes seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun dipukul di sebuah sekolah berasrama bijak pandai. 

Kecederaan pelajar ini tidaklah sampai patah riuk atau luka berdarah. Hanya lebam lebam kesan dipukul oleh beberapa senior. Bapanya datang untuk tujuan pemeriksaan dan meminta laporan perubatan untuk membuat laporan polis.

Ketika temubual dengan pelajar berkenaan, apa punca dia dipukul. Mula mula pelajar itu hanya mendiamkan diri. Bapanya sebuk mahu membuat laporan polis. Tetapi anaknya agak keberatan mahu mengikut kehendak bapanya membuat laporan polis. 

Anaknya tidak mahu kes ini dipanjangkan lagi.Akhirnya anak ini bersuara memberitahu doktor apabila bapanya terus mendesak, punca kenapa dia dipukul . Beberapa orang senior telah menjumpai dia berada di dalam bilik kebudayaan sekolah berdua duaan dengan rakan perempuan sebaya berlainan kelas dalam keadaan mencurigakan apabila kedua duanya tidak berseluar panjang dan berseluar dalam. 

Semua sudah terlondeh ke lantai. Untuk membuat tuduhan zina, mesti ada saksi, jadi tuduhan ke atas pelajar ini cuma telah melakukan muqadimmah zina. 
 
Senior-senior yang menjumpai mereka dalam keadaan begitu telah memukul pelajar lelaki tersebut sebelum membuat laporan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah menghubungi ibu bapa pelajar untuk memaklumkan salah laku anak yang dijumpai dalam keadaan sungguh mengaibkan.

Bagi bapa pelajar lelaki ini, kesalahan anak berada di dalam mengaibkan tidak besar mana, bapa lebih mengutamakan kesan anak dipukul. Bapa marah anak dipukul kerana akta terdapat akta larangan bergaduh di dalam kawasan sekolah. Bapanya tidak melihat kesalahan lebih besar yang dilakukan oleh anaknya iaitu telah melakukan muqadimmah zina ke atas pelajar perempuan bawah umur.

Agaknya bagi bapa ini setakat bercium, beromen dan berasmara bukan menjadi kesalahan, tetapi jika memukul orang adalah kesalahan besar.
Dunia sudah terbalik, yang benar disalahkan yang salah dibenarkan. 

Ini sekolah pelajar bijak pandai. Dua dua pelajar lelaki dan pelajar perempuan bijak bijak belaka. Jika UPSR tidak dapat 5A, tidak merasa memasuki sekolah ini. Umur baru 14 tahun sudah berani melakukan muqadimmah zina bila ada peluang terbuka. Sudah tidak kira tempat, asal boleh saja.

Apakah kita, bila bertemu keadaan begini mampu bersabar dan membiarkan saja? Bukankah ada hadith yang huraianya lebih kurang begini menyatakan sekiranya mampu mencegah perbuatan mungkar dengan perbuatan, maka lakukan, sekiranya tidak mampu dengan tangan, cegah melalui lisan dan sekiranya tidak mampu dengan lisan, cukuplah hati menolak perbuatan itu, dan ini adalah selemah lemah iman.

Takhrij hadith: 

 مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Terjemahan:"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)

Tindakan pelajar senior memukul bukankah dikira mencegah secara perbuatan. Sebab itu mereka pukul cuma setakat lebam lebam tak sampai cedera berdarah atau patah patah tulang. Mereka sekadar mencegah dengan perbuatan dan memberi pelajaran.

Kes pelajar ini memang dibawa ke tribunal sekolah bijak pandai. Cumanya apabila campur tangan beberapa pihak kes ini mungkin senyap kerana memalukan sekolah dan ibu bapa pelajar berkenaan. Setakat hari ini belum tahu adakah ibu bapa pelajar perempuan telah membawa anak mereka menjalani pemeriksaan pakar perbidanan dan sakit puan untuk membuat dakwaan ke atas pelajar lelaki ini.

Bapa pelajar lelaki ini tidak nampak sekiranya ibu bapa pelajar perempuan membuat dakwaan anaknya akan menghadapi masalah lebih besar. Setakat yang dimaklumkan, bapa bersungguh mahu mendakwa anaknya dipukul kerana marah anaknya telah dibuang sekolah bijak pandai. Dua dua pelajar yang mendatang masalah, telah melanggar peraturan sekolah telah dibuang dari meneruskan persekolahan di sekolah orang orang bijak pandai.
Fikir fikirkan...
Admin
Ummi Muna liza
Baitul Solehah



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Pasangan Pelajar Tingkatan 2 Ditemui Hanya Berseluar Dalam Di bilik kebudayaan sekolah Dipercayai Selepas Melakukan Perkara Tak Senonoh. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top