Fazru (bukan nama sebenar) sedang berkursus di sebuah kem pada malam hari jadi isterinya Aziah (juga bukan nama sebenar).Kursus itu memang meletihkan. Dari pagi membawa ke malam. Jadi, memang mudah untuk Fazru tidur pada malam itu walaupun di tempat asing.
Walaupun ramai ahli kursus yang menjangkakan mereka akan berperang dengan pesawat tempur Jepun pada malam itu, namun si Fazru tidak pasti sama ada pesawat tempur Jepun itu datang menyerang atau tidak. Letih sangatlah tu. Malam itu dia bermimpi yang isterinya telah membuat ujian kehamilan. Dan keputusannya adalah positif. Wah, gembira bukan kepalang mereka. Masa itu jugak Fazru terjaga dan sudah subuh rupanya.
gambar hiasan
Masa bersarapan Fazru terfikir, pelik juga mimpi malam tadi. Tidak pernah dia termimpi perkara-perkara sebegitu. Namun, seingatnya tidak pernah mimpinya menjadi kenyataan. Jadi sebaliknya tu adalah. Dia pun menghantar sms kepada Aziah, bercerita tentang mimpinya dan berharap ia menjadi kenyataan.
Tiada balasan segera diperolehi. Nak jadi ke cerita, Fazru tertinggal pula telefonnya di dalam kereta. Selepas rehat 10 minit baru dia mengambil telefonnya dan didapati ada 4 panggilan tak berjawab. Ah, semuanya dari isterinya. Tak sempat dia nak membalas panggilan tersebut, ketua kursus dah menjerit supaya masuk baris. Tengah-tengah berbaris, tiba-tiba isterinya menelefon lagi. Dia beranikan diri untuk menjawab panggilan tersebut walaupun dalam baris, sekadar untuk memberitahu dia masih di dalam baris.
Selesai sesi pagi, dia terus menelefon isterinya. Tapi isterinya dah merajuk kerana tidak menjawab panggilan-panggilannya. Hmm.. ini yang susah. Dia bukannya pandai sangat memujuk. Selepas beberapa ketika cuba memujuk, barulah dia tahu rupa-rupanya isterinya nak beritahu yang mimpi dia semalam memang menjadi kenyataan. Dan itulah hadiah hari jadi yang paling berharga padanya.
……………………………………
Si Aziah, kalau dah mengandung memang teruk alahannya. Asal bau makanannya nak muntah. Nak makan pun jadi susah. Dan dia memang mudah merajuk ketika ini. (Dok buleh selih sikit). Rasanya ini normal bagi ibu mengandung. Nasib baiklah mereka dah ada pengalaman begini semasa mengandungkan anak pertama dulu. Jadi, tak adalah rasa susah sangat.
Suatu malam si isteri sakit perut. Macam tercirit. Macam sembelit pun ada. Sakit sangat. Macam ada sesuatu nak terkeluar tapi tak terkeluar. Sampai berdarah.
Si Fazru ingatkan sakit perut biasa. Tapi bila dah Nampak si isteri tak berdaya, maka dia menyarankan agar pergi ke klinik pada pagi esoknya. Aziah mengambil keputusan untuk terus ke klinik ibu, untuk dapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung. Sampai di sana, setelah menceritakan keadaannya, misi bertugas terus marah-marah padanya. Kata misi itu, kalau yang sakit itu orang kampung, yang tak berpelajaran, dia tidak kisah sangat.
Ini cikgu! Dah tau sakit, tapi tak terus pergi klinik. Dia kata, ini kes serius. Silap-silap boleh ditahan di wad. Mereka (Fazru dan Aziah) manalah tahu. Ingatkan sakit perut biasa. Manalah mereka ada pengalaman macam ni. Apa misi tu ingat kalau dah cikgu, kena tahu segala macam hal ke? Apa pun, sebenarnya kes ini memang serius. Doktor bagitau yang Aziah terdedah kepada risiko keguguran dan menasihatkan supaya banyakkan berehat.
Dua minggu kemudian, Aziah keluar darah lagi. Tak banyak. Macam waktu hujung-hujung haid. Rakan sekerja menyarankan supaya terus pergi ke hospital. Tapi tak boleh pergi sendiri. Takut tak larat nak pandu kereta. Kena panggil suami datang. Nak dijadikan cerita lagi, telefon si Fazru pula mati kehabisan bateri. Dah habis kerja, sampai di rumah, setelah caj telefon barulah dapat tahu keadaan sebenar.
Lalu dia bergegas ke tempat kerja Aziah dan membawanya ke hospital. Sesampai di hospital mereka terus masuk ke bilik kecemasan. Setelah diimbas kandungan, doctor tidak berani memberi kata putus, lalu kami dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Sampai pun dah lewat, dah maghrib. Maka, Aziah terus dimasukkan ke wad. Wadnya penuh macam sardine (kelas 3), sehingga katil Aziah diletakkan di tepi jalan laluan dalam wad tersebut. Berlalu 1 hari yang masih tiada kepastian. Esok paginya kandungan Aziah diimbas lagi.
Doktor kata keadaan rahim ok, ‘sarangnya’ ok, semuanya ok, Cuma kandungan tak membesar (walaupun perut dah kelihatan mcm mengandung 4 bulan).Doktor pasti bahawa isi kandungan dah tiada dan mencadangkan supaya proses d&c dilakukan (proses pembersihan rahimlah tu). Setelah selesai semuanya, keesokan harinya Aziah dibenarkan balik dan diberi cuti 2 minggu. Sempat Aziah berbisik ke telinga Fazru.
Patutlah malam sebelum kejadian Aziah bermimpi dia keguguran tapi tak berani memberitahu suaminya takut ia menjadi kenyataan.
Namun, ia tetap menjadi kenyataan.Kecelaruan timbul di fikiran pasangan suami isteri tersebut. Berbagai persoalan bermain di fikiran mereka. Fazru bermimpi Aziah mengandung dan ia menjadi kenyataan.
Aziah bermimpi dia keguguran dan itu juga menjadi kenyataan. Seolah-olah telah diberi alamat. Mungkinkah bayi mereka diambil makhluk halus. Mungkin makhluk halus menumpang tubuh Aziah. Mereka beristighfar. Nau’dzubillah, mintak dijauhkan Tuhan.
Jadi, macamana? Ini percubaan pertama aku dalam penulisan genre begini. Dibuat khusus untuk majalah Mastika. Agak2 diterima tak? Di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada pasangan Izhan+Rafidah dan juga rakan sekerja Bob+Suriani yang mengalami nasib yang sama dengan kami. Kena redha dan percaya ini semua perancangan Allah dan insya-Allah ada rezeki di lain masa. Harap-harap dalam masa terdekat ni, Ameen!h sumber: babab

Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA Isteri Tercirit Hingga Keluar darah Rupanya Tak Sangka Bayi Dalam kandungan Di Culik Makhluk Halus. TOLONG SHARE...!