Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Undang- Undang Syariah RUU 355 semakin gelap Untuk Dilaksanakan Dalam Malaysia





KUALA LUMPUR, 17 Muharram 1438H, Selasa – Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah hari kedua sesi ketiga dan terakhir Parlimen tahun ini.

Usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu telah diturunkan daripada senarai nombor 4 semalam kepada nombor 7.

Ia berikutan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai. Kebiasaannya, usul kerajaan akan didahulukan berbanding usul persendirian.

Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.

Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.


http://www.ismaweb.net/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Undang- Undang Syariah RUU 355 semakin gelap Untuk Dilaksanakan Dalam Malaysia . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top