Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tiada langsung daging ular sawa yang digunakan untuk membuat sambal ikan nasi kerabu segera dari Thailand



“Mana ada ular sawa” Pembekal sambal ikan nasi kerabu segera Thailand dedah resipi sebenar
Sunday, October 09, 2016 9:51 PM

Tiada langsung daging ular sawa yang digunakan untuk membuat sambal ikan nasi kerabu segera dari Thailand, sebaliknya produk itu diproses sepenuhnya daripada campuran tiga jenis ikan segar.

Ikan berkenaan adalah ikan kembung, selar kuning dan selayang.


“Mana ada ular sawa” Pembekal sambal ikan nasi kerabu segera Thailand dedah resipi sebenar

Pengarah Urusan Syarikat Budu Him Kampung Pasir Jawa Saiburi, Pattani, Ibrahim Wan Ahmad berkata, sekurang-kurangnya 10,000 tan ikan itu digunakan sehari untuk membuat sambal ikan segera berkenaan.

“Memang 100 peratus ikan tiga jenis itu dan tiada bahan lain sebagai tambahan rasa. Lagipun kilang saya akan diperiksa setiap dua kali setahun oleh Majlis Agama Islam Pusat, Thailand untuk nilai kebersihan dan kehalalan produk.

“Kami juga mempunyai 30 pekerja yang semuanya beragama Islam. Produk juga dieksport ke Mesir, Jordan dan Turki, semuanya diiktiraf halal oleh pihak berkuasa Thailand.

“Takkan kami merosakkannya dengan campuran bahan diragui? Saya sangat terkejut mengetahui viral begitu dan ia telah memberi kesan serius kepada operasi syarikat,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, perniagaannya yang diusahakan sejak 20 tahun lalu merosot hampir 40 peratus sejak viral itu dengan hasil jualan sekadar RM100,000 berbanding RM300,000 sebulan sebelum ini.

Beliau juga tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang susulan viral terbabit, sebaliknya mahu menjemput semua media di negara ini melawat kilang pengeluarannya di Pattani.

“Biar media nilai sendiri dan lihat bagaimana kami memproses produk kami selama ini, serta terangkannya kepada masyarakat. Saya akan buat (lawatan) dalam masa terdekat ini,” katanya yang turut mengeluarkan produk budu.

Sebelum ini viral di laman sosial mengenai daging ular sawa uang digunakan untuk membuat sambal ikan nasi kerabu segera.

Sumber: Metro



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tiada langsung daging ular sawa yang digunakan untuk membuat sambal ikan nasi kerabu segera dari Thailand. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top